Saturday, September 25, 2010

PENYEBARAN CAHAYA (LIGHT DISPERSION)

Penyebaran cahaya ialah "pemecahan" cahaya putih kepada spektrum cahaya (m/j/k/h/b/i/u). Penyebaran cahaya putih boleh dilakukan dengan prisma kaca kerana setiap spektrum ini bergerak pada kelajuan yang berbeza dalam kaca.








Alur yang dibentuk oleh tujuh warna disebut spectrum cahaya.



Warna unggu paling banyak dibiaskan kerana ia bergerak lambat dalam kaca
Warna merah pula paling sedikit dibiaskan kerana ia bergerak laju dalam kaca.

Fenomena alam yang melibatkan penyebaran cahaya adalan pembentukan pelangi. Fenomena pelangi terjadi apabila cahaya dibiaskan dalam titisan air menghasilkan spektrum cahaya. Pelangi kelihatan apabila terdapat hujan renyai-renyai dan cahaya matahari yang memancar di belakang seorang pemerhati.

Pelangi yang kelihatan mengikut susunan warna MJKHBIU dikenali sebagai pelangi primer. manakala pelangi yang kelihatan mengikut susunan warna UIBHKJM pula dikenali sebagai pelangi sekunder. pelangi sekunder terhasil daripada pantulan dalam penuh yang berlaku dalam titisan air hujan