Sunday, April 10, 2011

Float egg

Semua dah sampai? cikgu nak panggil sorang datang tolong cikgu di depan. Kita wat show sket pasal ketumpatan neh….tapi…….mana budak perempuan?
“dorang semua pergi dapatkan suntikan?” suntikan apa? Kenapa budak lelaki tak pergi?
“yang ni untuk perempuan saja cikgu….apa tu suntikan untuk prevent servix cancer?”..ooo..tak pelah…..sementara dorang belum datang kita main2 dulu

1.       Masukkan air dalam 3 bikar

2.       Bikar 1 air kosong sahaja -  telur tenggelam sebab ketumpatan telur lebih dari cecair

3.       5 sudu garam dalam bikar 2 – telur terapung di dalam air kerana ketumpatan telur sama dengan ketumpatan cecair . Ketumpatan cecair telah bertambah kerana telah ditambah garam.









4.       Masukkan 10 sudu garam dalam bikar 3 hingga tepu – telur terapung diatas permukaan kerana ketumpatannya kurang daripada cecair. Cecair semakin tumpat kerana telah ditambah dengan lebih banyak garam

Dah siap…buat pemerhatian……tolong pergi ambil fail dan lengkapkan laporan kamu yang belum lengkap tentang density….yang dah siap tolong kawan yang belum siap.
Setengah jam kemudian..pelajar perempuan masuk ke makmal dengan muka demam pun ada disebabkan suntikan tersebut dan bertanyakan apa yang telah dibuat dan apa yang perlu dibuat. Maka cikgu pun malas nak menerangkan lagi sekali, dan cikgu bertanya kepada pelajar lelaki “apa yang kamu dah buat tadi?”
“telur terapung!!”jawab mereka serentak….  :P