Thursday, August 9, 2012

faktor rhesus dalam darah

Antigen merupakan suatu bendasing yang akan menyebabkan terhasilnya antibodi, yang sangat penting sebagai bukti berfungsinya sistem pertahanan badan seseorang. Darah seseorang dikatakan Rh-positif bermaksud darahnya memiliki antigen Rhesus dalam eritrositnya; sebaliknya darah yang Rh-negatif tidak memiliki antigen tersebut. Dianggarkan 85% penduduk mempunyai darah dengan Rh-positif, dengan kata lain, mereka memiliki antigen Rh atau diaktakan mereka itu Rh-positif. *Rh positif adalah sifat dominan.


Bahaya dari antibodi anti-Rh
Secara normal, darah tidak memiliki antibodi anti-Rh. Antibodi anti-Rh akan terbentuk di dalam darah seseorang yang mempunyai darah Rh-negatif jika darah Rh-positif masuk ke aliran darahnya. --> http://biology-aasharifah.blogspot.com/2010/08/analisis-kumpulan-darah-faktor-rhesus.html

Sebab trial dah dekat.....maka speed mengabihkan silibus anggaran dalam 140 kmj. nak explain lambat2, kang buang masa pulak. bila terang cepat2, bebudak tu pulak yang blurrr....jadi aku terpaksa ganti darah dengan donut dan faktor rhesus pula ganti dengan gula pada donut...
hahahh tak pernah aku ngajar tajuk ni dengan penerangannya seperti berikut:

"bila dalam badan kamu ada donut bergula ok la. gula pada donut tu dianggap sebahagian dari badan...tapi masalahnya bila donut takda gula terima donut yang bergula, badan akan mengesan gula sebagai bendasing dan seterusnya akan membina antibodi terhadap gula tersebut........ada faham?....." pastu baru bebudak dalam kelas mengangguk tanda faham... ; )
hahah...jangan jawab dalam exam pun dorang jawab donut jugak sudahla

Monday, April 9, 2012

3.1 Pergerakan dan Koordinasi


Hasil pembelajaran yang diharapkan: harap sangat2...huhu
Dapatlah kiranya kalian Me.....

  • Senaraikan perubahan dalam persekitaran luaran dan dalaman
  • Nyatakan kenapa organisma perlu sensitif dengan perubahan L & D
  • Jelaskan maksud stimulus & respon
  • Nyatakan komponen utama terlibat dalam gerak balas terhadap perubahan L & D
  • Jelaskan maksud koordinasi

 Jadi....soalan2 di bawah dikemukakan sebelum P&P diteruskan.......
1.Apa maksud stimulus (rangsangan) dan respon (gerak balas)?

2. Kenapa penting bagi organisma hidup untuk bergerak balas terhadap stimuli?
3. Lukiskan rajah skema untuk menunjukkan komponen utama yang terlibat dalam koordinasi……..
m/s 77


Manusia, haiwan dan tumbuhan


sentiasa menghadapi perubahan

dalam persekitaran LUARAN dan

DALAMAN. Perubahan yang dikesan

merupakan rangsangan (stimuli).

Contoh rangsangan luaran adalah seperti


 suhu, cahaya, bunyi, rasa, tekanan dan

sentuhan.

Contoh rangsangan dalaman adalah

seperti suhu badan, tekanan osmosis

dan aras gula dalam darah.

Tindak balas terhadap sesuatu


rangsangan merupakan gerak balas.



Kenapa perlu ada t/balas???

Organisma bergerak  balas

terhadap perubahan dalam

persekitaran luaran dan

dalaman untuk melindungi diri

daripada kecederaan dan menjamin

kemandirian organism.

bagaimana kita ber t/balas????


KOMPONEN2 UTAMA DALAM G/B TERHADAP PERUBAHAN

Reseptor - sel khas yang boleh mengesan

perubahan dalam persekitaran luar dan

dalaman. Contoh reseptor: kulit, mata,

hidung, telinga dan hipotalamus

Reseptor menerima dan menghantar


rangsangan ke pusat integrasi (sistem saraf

pusat), di mana maklumat diproses dan

dihantar ke efektor.

Maklumat dihantar sebagai impuls elektrik.


Efektor - organ yang bergerak balas

terhadap rangsangan yang disampaikan

oleh sistem saraf pusat. Contoh efektor:

otot atau kelenjar.

Impuls dihantar daripada reseptor kepada sistem saraf pusat menerusi laluan aferen.

lmpuls daripada sistem saraf pusat dihantar ke efektor menerusi laluan eferen.

gerak balas terhadap perubahan luaran ditunjukkan dalam gambar rajah skema berikut:
Persekitaran dalaman dikawal oleh suap 


balik negatif. Apabila suatu perubahan

dikesan, mekanisme pembetulan berlaku

untuk memulihkan keadaan kembali normal

Misalnya jika suhu badan kita meningkat

atau menurun, mekanisme pembetulan

akan berlaku dalam badan untuk

memulihkan suhu kembali ke normal.

Dan.....disebabkan ada stimulus, respon, perubahan luaran dan dalaman maka berlakulah koordinasi dalam badan supaya stabil dan seimbang.
 
Koordinasi badan ialah proses 


bagaimana bahagian badan yang

berlainan bekerjasama untuk

mendapatkan satu gerak balas

betul.

Sistem saraf dan sistem endokrin

mengkoordinasikan semua aktiviti

ini.