Thursday, August 19, 2010

FENOMENA DAN LANGKAH KESELAMATAN BERKAITAN DENGAN CAS

  1. KILAT
  • air hujan yang laju turun bergeser dengan awan menyebabkan awan bercas
  • cas negative yang terkumpul bahagian bawah di awan, cas positif di bahagian atas
  • cas negative (electron) yang melompat dari awan ke cas positif di permukaan bumi akan menyebabkan kilat
  • bangunan yang tinggi biasanya mempunyai konduktor kilat

  1. RAMBUT TERTARIK KE ATAS
  • rambut kering disikat dengan sikat plastik akan menghasilkan cas
  • cas yang sama akan menolak Antara Satu Sama Lain
  • menyebabkan rambut mengerbang

  1. TANGKI PETROLEUM
  • tangki petroleum akan tercas semasa bergerak akibat geseran antara tangki dan udara
  • cas-cas terkumpul boleh memanaskan dan menyebabkan letupan
  • rantai logam biasanya dipasang dari tangki mencecah jalan raya
  • cas akan dialirkan melalui rantai ini ke tanah

  1. KAPAL TERBANG
  • badan kapal terbang akan tercas apabila bergeser dengan udara
  • semasa mendarat, cas-cas terkumpul akan mengalir ke tanah melalui roda k.terbang


chapter 8 : essay question

1 (a) Explain what is meant by

(i) pollution [2 marks]

(ii) biodegradable pollutants [2 marks]

(iii) nonbiodegradable pollutants [2 marks]

(b) State some pollution problems caused by human activities and suggest ways to prevent them. [14 marks]














Rate of transpiration

Transpiration ialah keadaan di mana tumbuhan mengalami

  • kehilangan air
  • dalam bentuk wap air
  • melalui stomata

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi transpiration

  • kelembapan
  • pergerakan udara
  • keamatan cahaya
  • suhu
Tapi..........................berdasarkan beberapa bahan bukti di bawah menunjukkan ada penambahan faktor2 lain yang menyebabkan kadar transpirasi agak malas menunjukkan diri....jd ada antara faktor tersebut perlu di atasi segera...



Bergossip semasa eksperimen
















namun masalah yang serius ini berjaya di atasi.........dengan menutup punca berlakunya gossip




Apa yang penting??? KERJAAAAAAASAMA

Ini pula menunjukkan berlakunya pemulauan terhadap seorang student yang terpaksa menjalankan eksperimen secara perseorangan..........

apa bleh buat.......kaji sorg2 lg bagus kan...xbanyak songeh

REPRODUCTION IN FLOWERING PLANT

Hari ni last day ye sebelum u all trial.xde la last sangat tapi kemungkinan last bagi cgu masuk kelas kmu..cgu nak pindah..heheh..kalau la dapat…xde la ...rilek2 jangan kecoh2..sebenornya skrg ni asyik meeting meeting, mmg dijangka kelas bio seterusnya pon cgu terlibat ngan meeting gak....so tajuk ni penting gak yang nak kena ingat jalan cerita iaitu: REPRODUCTION IN FLOWERING PLANT. Ada 3 perkara nak kena tahu:

  1. Formation of pollen grain
  2. Formation of ovule
  3. Double fertilization


ini la hal nya bila budak melayu belajar bio dalam BI…..agak biol bila nak remember the whole story…



jalan cite kita bermula dengan part of flower la…….takkan tak ingat, kan dah men label2 masa form 3 dlu2………pastu baru bleh masuk 3 perkara penting di atas





dipendekkan cite……wat latihan di muka surat 138 kot kalau cgu x silap…..


semua pelajar diam sambil tangan wat latihan…..ntah wat latihan ke wat latihan lain ke menyembang ke, tatau la cgu nak siapkan PEKA jap…..

“ cgu…..pe maksud floral ni…?” terkebil2 cgu, tu soklan pertama, punyala lama wat latihan baru sampai soklan 1. floral? Flora…..ooo flower le



Ooo...kena lukis flower la cgu?



Yaaa....idea yang baik......tolong lukis bunga ngan label2 sekali........alaaa...tersilap plak g tanya....padahal soalan suh Name a part of floral jerr


Cgu!!.....nak lukis flower yang mana? -cik dilah bertanya



Erk…..flowerlah…semua flower pong sama kan…..then si cgu terdiam dan berpikir….pastu dia ketawa sorang2..kaalau la bleh letak emoticon, si cgu nak letak emoticon dalam YM yang ketawa sambil berguling2 atas lantai tu.......



Bbdak tengok cgu ketawa terkebil2 tapi xtanya pe2 xde perasaan ingin tahu lagipun cgu dorang mmg cegtu, suka ati dia nak wat reaksi camana


Abih…xkan korang nak lukis flower horn kot…..camana nak label petal, sepal, anther, filament, pistil???





Friday, July 30, 2010

Cikgu : Siapa yang curi pen saya?



siapa ye.....jom kita cari bukti



Dah check cap jari kat pencil box kamu? cap jari pencurik tuu....kalau dah.....line clear.
okey..........semua pelajar diminta menurunkan cap jari sempena tajuk variasi tak selanjar.......
kamu yang hilang pen tu cuba cari cap jari mana yang sama dengan cap jari yang
kamu dapat dari pensil box tadi......
kepada semua pelajar.....barang siapa didapati dengan bukti menunjukkan kamu la pencuriknya.....maka hukumannya .........kalau ikut hukum hudud, blehla dipotong tangan kamu tu........ade pahem

Thursday, July 1, 2010

PENULENAN BAHAN

Ada 2 cara untuk menulenkan sesuatu bahan yang tidak tulen, iaitu dengan menggunakan kaedah:
  • penyulingan
  • penghabluran

KAEDAH PENYULINGAN

Memisahkan satu cecair drp :

a) larutan yang mengandungi bahan pelarut. Cth; air laut

b) campuran dua atau lebih jenis cecair yg mempunyai takat didih berbeza. Cth : alkohol

Kaedah penyulingan melibatkan proses

· Pendidihan

· kondensasi

Antara Aplikasi kaedah penyulingan:

1.menyuling air laut untuk mendapatkan air tulen

2.penyulingan petroleum untuk mendapatkan pecahan petroleum

3. menyuling hasil penapaian untuk mendapatkan etanol


KAEDAH PENGHABLURAN

Memisahkan pepejal daripada larutan tepunya. (larutan yang ada kuantiti maksimum bahan terlarut)

Ciri- ciri bahan tulen:

  • Terdiri daripada sejenis zarah sahaja
  • Takat lebur dan takat didih yang tetap
  • Tidak mengandungi bendasing

Kehadiran bendasing

  • meningkatkan takat didih
  • merendahkan takat beku/ takat lebur

Thursday, June 10, 2010

siput apa???

Satu kajian populasi siput babi di sebuah taman telah dijalankan. Tangkapan pertama sebanyak 160 ekor telah ditanda dan dilepas. Tangkapan kedua dibuat selepas 3 hari dan sebanyak 40 ekor yang telah ditangkap adalah siput babi yang bertanda.

1. Namakan teknik yang digunakan?

2. Cadangkan satu cara yang boleh digunakan untuk menandakan siput babi tersebut

3. Berikan 2 alasan kepada jawapan anda di (2)

4. Anggarkan populasi siput babi di kebun sayur menggunakan keputusan yang telah diberikan.

5. Tangkapan kedua hanya dijalankan selepas beberapa hari. Kenapa?

6. teknik yang sama boleh dijalankan untuk menganggarkan saiz populasi sesetengah haiwan di habitatnya. Nyatakan satu

langkah yang sesuai untuk menanda bagi kajian haiwan di bawah.

(i) birds

(ii) fish

(iii) small mammals