Friday, July 30, 2010

Cikgu : Siapa yang curi pen saya?



siapa ye.....jom kita cari bukti



Dah check cap jari kat pencil box kamu? cap jari pencurik tuu....kalau dah.....line clear.
okey..........semua pelajar diminta menurunkan cap jari sempena tajuk variasi tak selanjar.......
kamu yang hilang pen tu cuba cari cap jari mana yang sama dengan cap jari yang
kamu dapat dari pensil box tadi......
kepada semua pelajar.....barang siapa didapati dengan bukti menunjukkan kamu la pencuriknya.....maka hukumannya .........kalau ikut hukum hudud, blehla dipotong tangan kamu tu........ade pahem

Thursday, July 1, 2010

PENULENAN BAHAN

Ada 2 cara untuk menulenkan sesuatu bahan yang tidak tulen, iaitu dengan menggunakan kaedah:
  • penyulingan
  • penghabluran

KAEDAH PENYULINGAN

Memisahkan satu cecair drp :

a) larutan yang mengandungi bahan pelarut. Cth; air laut

b) campuran dua atau lebih jenis cecair yg mempunyai takat didih berbeza. Cth : alkohol

Kaedah penyulingan melibatkan proses

· Pendidihan

· kondensasi

Antara Aplikasi kaedah penyulingan:

1.menyuling air laut untuk mendapatkan air tulen

2.penyulingan petroleum untuk mendapatkan pecahan petroleum

3. menyuling hasil penapaian untuk mendapatkan etanol


KAEDAH PENGHABLURAN

Memisahkan pepejal daripada larutan tepunya. (larutan yang ada kuantiti maksimum bahan terlarut)

Ciri- ciri bahan tulen:

  • Terdiri daripada sejenis zarah sahaja
  • Takat lebur dan takat didih yang tetap
  • Tidak mengandungi bendasing

Kehadiran bendasing

  • meningkatkan takat didih
  • merendahkan takat beku/ takat lebur

Thursday, June 10, 2010

siput apa???

Satu kajian populasi siput babi di sebuah taman telah dijalankan. Tangkapan pertama sebanyak 160 ekor telah ditanda dan dilepas. Tangkapan kedua dibuat selepas 3 hari dan sebanyak 40 ekor yang telah ditangkap adalah siput babi yang bertanda.

1. Namakan teknik yang digunakan?

2. Cadangkan satu cara yang boleh digunakan untuk menandakan siput babi tersebut

3. Berikan 2 alasan kepada jawapan anda di (2)

4. Anggarkan populasi siput babi di kebun sayur menggunakan keputusan yang telah diberikan.

5. Tangkapan kedua hanya dijalankan selepas beberapa hari. Kenapa?

6. teknik yang sama boleh dijalankan untuk menganggarkan saiz populasi sesetengah haiwan di habitatnya. Nyatakan satu

langkah yang sesuai untuk menanda bagi kajian haiwan di bawah.

(i) birds

(ii) fish

(iii) small mammals

Wednesday, November 4, 2009

science concept

Incorrect concept:-

  1. Animal cells do not have vacoule - actually animal cell like amoeba/ paramecium have small vacoule
  2. A log, being very heavy and sinks in water - log heavy but the volume is big too. so log not sink in water... consider the formula of density -------> when mass divide the volume we get the density. density of log is low.....below the density of water. log can float in water.
  3. A population is a group of all the organism present in a habitat - wrong. population is a group of same species in a habitat
  4. parasites usually kill their hosts - parasite not kill their hosts....parasites continue to live on/in the host to get benefits from the living host. predator kill for food

Betulkan konsep anda

Wednesday, October 28, 2009

stomata

pada satu hari.............hari eksperimen

kelas biologi form 4 ader eksperimen untuk melihat kelibat stomata pada daun pokok...
kebetulan hari tu aku sapu bersih tuk biologi shj...jd ade la dlm 3,4 eksperimen skaligus aku buat....antaranya:
1. effect light intensity to rate of photosynthesis
2. melihat kehadiran stoma pada daun pokok

- yang beznyer.....2 eksperimen tu ada kaitan sket.....iaitu penggunaan pokok hydrylla
- aku suh bbdak tengok stoma pada daun tp budak tak nampak.....(mmg dorang spesies yang tak pandai adjust mikroskop pun)
- lepas aku adjust, nampakla tompok kecik- stoma la tu....
puasla bbdak tengok ...dorang ckp xnampak...-masa dorg tengok, tgn tu ade je mmemusing smpai kabur penglihatan
-aku adjust lg.....byk gak daun yg dorang amek.....ader yang jelas stomanya....tambah lg klu kita amek selapisan daun. kalau tebal, kurang jelas
sampai aku pun asyik gak menengok stomata....siap aku suh budak kira lagi stoma yang tak terkira tu.....
-sedangku melihat ttiba ada sorang budak bertanya...."cgu ada nampak ka stoma kat daun hydrilla?'
-tanpa ragu2 aku jawab nmpak jer...tp dorg tsengih2 dgr jwpnku
-lama kmudian lpas aku tgk2 buku rujukan, bru ku tahu knapa bbdk tu tsengih2

Ada pernyataan dalam eksperimen tersebut: daun yang tenggelam dalam air seperti hydrilla tidak mempunyai stomata.
owh.....

Thursday, October 8, 2009

TIPS UNTUK MENJAWAB KERTAS 2 SAINS SPM

11 Aspek Kemahiran Saintifik yang diuji



  • Memerhati

  • Mengelas

  • Mengukur dan menggunakan nombor

  • Membuat inferens

  • Meramal

  • Berkomunikasi

  • Menggunakan perhubungan ruang dan masa

  • Mentafsirkan data

  • Mendefinisikan secara operasi

  • Mengawal pemboleh ubah

  • Membuat hipotesis