Thursday, October 21, 2010

kecubung putih

Pokok kecubung (Datura stramonium)

Terung pungaq (loghat kedah)

Bunga putih ni lepas di jemur kering

Then di gulung dan bakar biar berbara

Asapnya bolehla disedut untuk Ubat resdung

Daun boleh dibuat tuam untuk penyakit pasang surut

Tuam pada tungku panas

Pastu pindahkan ke **tut

Insyaalah..........

Buahnya berduri

Bolehla dikeringkan disimpan buat benih

















Thursday, October 7, 2010

Mahkota dewa

Tumbuhan herba ni ....Phaleria Macrocarpa


Ubat kanser
Buah yang masak di potong macam potongan asam keping.......
bijinya racoon xbleh makan no. isi saja di amik
jemur hirisan. dah kering simpan.
bila2 amik sekeping 2, rendam dalam air panas, minum begitu saja........macam air teh la rasanya

Kampus astro

Nak kata cgu malas mengajar, dah macam2 cara cgu cuba………tp biasala semua pun ikut silibus

Nak kata subjek sains tak menarik???? Excuseme……..kamu memang malas berfikir sebab tu kata subjek ni tak menarik

Takkan sebab kena belajar dalam English version buat kamu rasa tension, stress, pening ……..and yg seangkatan dengannya. Padahal sekarang pun still dwibahasa. Tuk orang yg lemah ada lagi pengecualian sampai semua pon sebenarnya in Malay version ……

Camana ye………….sampai timbul siri CLEVER edisi Malaysia…punyala nak menunjukkan betapa menariknya sains

Jadi arini kita gi tengok tv lah…KAMPUS ASTRO ada tu takkan nak tengok saja..........lari sikit dari silibus semata2 cgu nak membuka minda kamu semua……..and enjoy your day……tengok orang wat uji kaji pastu bolehla balik wat kat umah……..yalah…kat umah kamu kan takda astro………..

ni org dah bagi percuma, baik kita guna sebaik mungkin..........daripada otak berkarat, baik berfikir.........

Dalam seumur hidup kamu dari masa boleh bercakap, mumaiyiz, boleh membezakan antara 2 benda........bila tengok sesuatu mende....mustahil kamu tidak pernah ada persoalan. Kenapa begini, kenapa begitu.

Punya la banyak persoalan and ujikaji yang dijalankan untuk menjawab soalan2 tersbut....... dlm siri CLEVER eps 1:

Kenapa ayam jalan terangguk?

Bagaimana nak jadikan telur ayam melantun?

Bagaimana nak melancarkan roket plastik yang kita buat?

Kenapa suara kita berubah apabila menyedut gas Helium???

Bahan manakah boleh menguraikan polistrin dengan pantas?

Tapi..............kamu tetap macam ni gak


















Wednesday, October 6, 2010

Soalan percubaan spm 2010

KEDAH
Biology kertas 1
http://www.ziddu.com/download/11970324/P1_Soalan_Edited.pdf.html
jawapan

http://www.ziddu.com/download/11971153/jawpBio1.pdf.html


Biology kertas 2

http://www.ziddu.com/download/11971094/P2_Structure_Soalan_Edited.pdf.html

jawapan

Biology kertas 3

jawapan

kimia kertas 1

http://www.ziddu.com/download/11970623/ChemistryP1.pdf.html

jawapan

http://www.ziddu.com/download/11982187/Chemistry_1.pdf.html
kimia kertas 2

http://www.ziddu.com/download/11970701/ChemistryP2.pdf.html
jawapan

http://www.ziddu.com/download/11982085/Chemistry_2A.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/11981998/Chemistry_2B.pdf.html
kimia kertas 3

http://www.ziddu.com/download/11970835/ChemistryP3.pdf.html

jawapan

http://www.ziddu.com/download/11981908/Chemistry_3.pdf.html

khas tuk ct......

tak taula ziddu.com bleh bertahan berapa lama

kalau 4shared file tu rupanya tak login sebulan, dia akan tutup akaun kita......abih semua soalan yg kita upload terdelete

Hitam putih kehidupan

Hmmm…..ngajar macam biasa

Tapi ari ni sessi ulangkaji berbantukan BBM kertas soalan objektif mengikut tajuk. tapi kalau nak bagi jawapn mesti kasi bbudak ni pk dlu

“ kenapa dinding klass ni warna kuning?”

” sebab dinding tu kaler kuning”

”kenapa baju kamu warna putih?”

„ sebab kaler dia memang putih”

„ kenapa daun pokok tu kamu nampak hijau?”

„ Ala.....sebab dah memang Allah jadikan daun pokok tu kaler hijau”

„mmm....memang Allah yang jadikan tapi.....setiap satu yang Allah ciptakan di dunia mesti ada sebab bagaimana benda tu terjadi.......supaya kamu boleh guna akal, guna otak untuk berfikir.......””jadi....kenapa kamu nampak kasut ni warna hitam?”

„la...cgu ni tatau ka......kasut ni dah lama tak basuh, pasal tu la nampak hitam”

„oo...mmg xda sebab lain ka?”

„takda”

„semua yang jadi pun takda sebab?”

”sebab dia nak jadila”

”Anak dalam perut pun terjadi tanpa sebab la?”

„ooooooo..............yang tu mmg ada sebab n puncanya cgu”

„ha...pandai pulak.......yang itu je bersebab...........yang ada baby kena buang dalam longkang dalam sungai. Pun xda sebab la”

„ooooooo....ya lah cgu....ada, ada”

„jadi.......kamu still nak deny my word : semua yang terjadi pun Allah jadikan dengan bersebab....kemusnahan bumi terjadi pun sebb manusia kann? .....”

„jadi....kenapa la kasut ni kita nampak hitam, baju ni kita nampak putih cgu???”

Penat betul berbalah dengan kamu kann....kamu selalu mo menang tapi hujah takda isi...sebab malas membaca dan mengkaji.

ok..........tengok jawapan pilihan.”

jawapan :

benda hitam kelihatan hitam kerana ia menyerap semua warna

benda putih kelihatan putih kerana ia memantulkan semua warna

BAHAN KIMIA DALAM PERINDUSTRIAN

SIFAT ALOI DAN PENGGUNAANNYA

Pengaloian – ialah proses pencampuran satu jenis logam dengan yang lain atau dengan karbon

Aloi – ialah hasil pencampuran daripada pengaloian

Sifat aloi : keras, kuat dan tahan kakisan

Aloi

Komposisi

Sifat khas

Kegunaan

Duralumin

Aluminium 95%

Kuprum 4%

Ringan, kuat dan tahan kakisan

Pesawat terbang

Keluli

Besi 99%

Karbon 1%

Keras, kuat

Rangka bangunan. Jambatan, keretapi

Keluli nirkarat

Besi 72%

Kromium 18%

Nikel 8%

Lain-lain 2%

Tidak berkarat dan tahan kakisan

Alat dapur seperti pisau, sudu dan garfu

Loyang

Kuprum 96%

Zink 20%

Kuat, berkilat dan mudah dibentuk

Alat muzik, loceng, tombol pintu

Piuter

Timah 89%

Antimoni 7%

Plumbum 2%

Kuprum 2%

Teguh berkilat , tahan kakisan

Barangan perhiasan seperti pingat

Kuprunikel

Kuprum 75%

Nikel 25%

Kuat, berkilat

Duit syiling

Tujuan pengaloian

  1. menambah kekerasan logam
  2. mencegah kakisan / pengaratan
  3. memperbaiki rupa bentuk logam

hubungkait antara sifat aloi dengan susunan zarahnya

Susunan atom dalam logam tulen

Logam tulen adalah lembut dan kurang kuat kerana lapisan atom logam tulen mudah menggelongsor ASSL apabila dikenakan daya

Susunan atom dalam aloi

- aloi adalah keras dan kuat

- atom asing mencegah atom-atom logam tulen drp menggelongsor ASSL

Atom tulen + atom asing ----------------(Pengaloian)--------------à aloi

Friday, October 1, 2010

Kisah kanta

Bila masuk tajuk warna, cahaya dan penglihatan, tajuk awalnya tentang kanta........semua benda tentang kanta. Jenis kanta, jarak fokus, ciri imej. Bebudak paling suka kalau cgu bw kanta cembung...............kanta pembesar tu.....boleh tengok mata n gigi kkawan besau2



Ingat dorang nak tengok imej, tentukan jarak fokus??????? last2 dorang wat ujikaji pembakaran hasil dari penumpuan pada titik fokus kanta cembung di bawah terik mentari.

  1. sanggup dorang di bakar di bawah terik mentari.........silap2 kertas tak terbakar, dorang yang hangus
  2. Then masuk kelas dengan mata berpinau......

cgu : apasal?


stud : pening cgu...panas sgt kat luar...bila masuk klas ni mcm berpusing2 klas ni


Dari tempat terlalu cerah ke tempat yg agak redup mmg menyebabkan pembesaran anak mata disebabkan perbezaan jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata yang berubah secara tiba2.....dan kecelaruan minda pong berlaku.........antara nak sambung belajar atau nak trus tido

Haa.....pegi la berjemur lagi


Sekarang jawab latihan esei ni

Kanta dengan ketebalan yang berbeza mempunyai jarak focus yang berlainan


Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan satu hipotesis yang sesuai. [1m]

Seterusnya, huraikan satu rangka kerja untuk menguji hipotesis yang anda nyatakan dengan berpandu kepada perkara berikut:



i) tujuan eksperimen [1m]



ii) mengenalpasti pemboleh ubah [2m]



iii) senarai bahan dan radas [2m]



iv) kaedah [2m]



v) penjadualan data [1m]



vi) kesimpulan [1m]







Tapi........



disebabkan semua pong dah pening2 lalat dok berjemur.........maka

kat bawah ni cgu bg jawapanlah





hipotesis : semakin tebal sesuatu kanta cembung, semakin pendek jarak fokus kanta tersebut


(i) tujuan eksperimen :mengkaji hubungan antara jarak fokus dengan ketebalan kanta cembung


(ii) pemboleh ubah

a. dimanipulasi : ketebalan kanta

b. bergerak balas : jarak fokus kanta

c. dimalarkan : jarak objek


(iii) radas : kanta cembung yang berlainan ketebalan

pemegang kanta

pembaris meter

skrin putih


(iv) kaedah :


1. kanta cembung yang paling nipis diletak pada pemegang kanta dan susunan radas seperti di atas disediakan

2. suatu objek dari luar tingkap difokuskan pada skrin putih

3. skrin putih dilaraskan supaya imej tajam terbentuk

4. jarak fokus, f kanta itu diukur dengan pembaris dan nilainya dicatatkan

5. eksperimen diulang dengan menggunakan kanta yang sederhana tebal dan paling tebal


(v) penjadualan data :

Ketebalan kanta

Jarak fokus, f/cm

Paling nipis

Sederhana tebal

Paling tebal

(i) kesimpulan :

daripada keputusan eksperimen, didapati bahawa apabila kanta cembung semakin tebal, jarak fokusnya semakin pendek. Jadi hipotesis diterima