Thursday, October 28, 2010

Mari mengenali tangan anda


Tulang yang membentuk lengan ada 3 saje
  • lengan atas - humerus
  • lengan bawah - radius dan ulna
Otot glamer yang terlibat dibahagian lengan ada 2
  • biceps - otot bahagian depan lengan atas
  • triceps - otot bahagian belakang lengan atas

Biceps dan triceps ada hubungan intim dalam sesuatu pergerakan tangan.

  • bila tricep relax, bisep akan contract - radius dan ulna akan terangkat ke atas (tangan bengkok)
  • bila bisep relax, tricep akan contract - radius dan ulna turun ke bawah (tangan lurus)
Antara dua bahagian lengan, ada bahagian2 lain lagi yang penting dalam melancarkan kehidupan anda, memudahkan pergerakan anda, yang sepatutnya mampu membuat anda bersyukur kepada yang Maha pencipta yang mencipta anda dengan sebaik-baik kejadian....huhu...ni baru tahu part lengan....belum lagi part lain yang lagi kompleks...

  • ligamen - bahagian yang menyambungkan tulang dengan tulang
  • tendon - bahagian yang menyambungkan tulang dengan otot
  • sinovial membrane - merembeskan sinovial fluid
  • sinovial fluid - pelincir yang mengurangkan geseran antara dua tulang
  • cartilage (tulang rawan ) - melindungi joint dan melancarkan pergerakan

Contoh soalan: (ni soalan yg cgu dok mempertahankan benang basah....hehe...cgu pun lupa la..)


Rajah menunjukkan struktur suatu sendi.

Apakah fungsi X?

A Menyerap hentakan

B merembeskan bendalir sinovial

C melindungi tulang

D mengurangkan geseran di antara tulang

jawab la....Clue2 semua dah ada kat nota atas

CSI : am I a target?

Satu hari lepas pulang dr skolah……..Adikku yg kuat telepati and

imaginasi menegur


My sis : sis.! don’t u see someone mark ur car last night…….


Me : not yet….


MY sis : better u go n check…..pegila tabor garam ke hapa hapa ke…baca ayat kursi ke..org klu dah dengki ni tau tau jela


Me : malasla…….(malas layan dia…kuat prasangka)


Tapi lepas tu aku pegi jugak





I See......

Memang ada tanda pangkah tapi......


Pangkahnya agak pelik


Bahagian atas macam ada bentuk jari........tapi bahagian pangkah tu xda pula nmpak bentuk jari...Atas cermin pun ada kesan


Bila ku teliti lagi meleret pulak kesannya pada cermin depan......kesan mcm tapak kaki yang ada empat jari...terus lagi mataku mengikut kesan tapak kaki sampai bahagian viper........


Dekat viper ni pelik sket.....ada dua garisan memanjang turun ke bahagian depan ...macam 2 jari besar yang dileretkan....jari apa ye...jari gorila kot....kalu di alam ghaib yang sama bentuk gorila nama nya hantu raya......tataula


Akhirnya berdasarkan pemerhatian, beberapa ramalan telah dibuat :


Bentuk pangkah macam disapu dengan berus cat berbulu tebal atau dengan kata lainnya adalah ekor binatang


Dengan keadaan sekarang yang selalu hujan menyebabkan tanah berlumpur, jadi binatang berekor tebal ini menyeret tanah berlumpur

Kemudian melompat ke atas kereta

Menyeret ekornya di tepi kereta

Pastu ekor di angkat tapi sebab berat dengan lumpur

Ekornya terjatuh semula tapi dalam pusingan menyebabkan bentuk pangkah terbentuk


Then dia meneruskan perjalanan dengan ekor terangkat. Kali ni cara dia mengangkat ekornya lebih stabil sebab dah tau berat banyak mana, bley la dia seimbangkan


Sebab tu ada kesan tapak kaki di cermin depan.

Sampai di depan viper, viper tersebut mengganggu perjalanannya pada cermin...jadi 2 kaki pada cermin, 2 kaki lagi pada badan kereta..........tapi badan kereta di bahagian depan agak curam dan licin menyebabkan kakinya tergelincir.....nampakla seperti 2 garisan memanjang

Kesimpulannya : musang la tu...xde keje

Friday, October 22, 2010

Fakta menarik

Jantung zirafah ialah sepanjang 2 kaki = 60 cm

Dan boleh mencapai berat10kg

Bayangkan jantungnya lebih besar dari tayar lori

Ada juga haiwan yang mempunyai lebih dari satu jantung

Sotong mempunyai 3 jantung

Cacing pula mempunyai 5 jantung

Jangan lupa adik2 menonton

TVIQ

Dalam Clever edisi Malaysia

Ada banyaaaaaaaaak exp kat sana

Exp: otak lambat bertindak balas

berdiri bersebelahan beramai2......tolak belakang tapak tangan sesama sendiri sekuat yang boleh....berhenti menolak dan keluar dari barisan

Exp : pusat graviti berubah

berdiri tegak rapat ke dinding. Cuba ambil sekeping duit yang dijatuhkan di hadapan anda

Exp : geseran

Tuala mengeluarkan gabus di dalam botol melalui geseran

Exp : daya lekitan dan lekatan air

Gulung tisu sepanjang straw. Masukkan dalam bikar yang mengandungi air berwarna

Exp : zat besi dalam makanan

Yang mana satu makanan yang akan melekat pada magnet (sosej, emping jagung, coklat)

Masukkan makanan tersebut dalam mangkuk air. Dekatkan magnet.

Exp : perubahan berat

Perubahan berat berlaku semasa menaiki roller coster. Kerana bukan daya graviti shj yg wujud. Daya centrifugal juga wujud (contoh: memusing bekas air dalam beberapa pusingan ........daya centrifugal akan menghalang air dari tumpah)...........daya centrifugal kurg dr daya graviti...berat akan berkurang atau negatif........bila kedua daya bergabung, berat bertambah

Banyak lagi fakta2 sains menarik yang menunggu adik2

Hmm....cgu pun tatau sotong dgn cacing ada lebih dari 1 jantung

Selingan

Suatu masa dahulu......setelah diflashback balik...............

Aku belek2 sukatan pelajaran. Sepatutnya arini dalam subjek p.moral blaja topik cintakan negara. Ermm...camana nak terapkan semangat cintakan negara pada bebudak ni....yalah budak lepas merdeka beberapa puluh tahun, semangat kenegaraan makin menurun mengikut tahun.....

Teringat pulak cgu adam mengajar kemarin topik yang sama.

”saya suruh dorang tulis sepucuk surat kepada ibu bapa masing2....anggap arini ari terakhir dorang di bumi tercinta kerana esok dorang akan pergi berjuang mempertahankan tanah air dari penjajah......”

”lepas tulis apala dorang buat?”

”saya suruh baca.......hmm....sedihla jugak dengar dorang punya surat, ada juga yang menangis tu”

”owh ..yakah.....blehla diaplikasikan dalam kelas saya tu...”

Dan hari untuk mengaplikasikannya pun tiba....tapi sewaktu melangkah masuk ke dalam kelas. Sesudah berbalas ucapan, aku menyuruh para pelajar mengeluarkan sekeping kertas. Ada beberapa pelajar berbisik2 kemudian tersenyum2. aku tengok wat acuh tak acuh je.

”ok.....cgu nak kamu tulis satu surat kepada ibu bapa kamu....”.

„lepas tu kena baca kat depan ke cgu??”. ouh..patutla tersengih2. rupanya dah tahu. Mesti kelas sebelah dah cite. Hmm.....abih dah feel ku ini...

”sabarla....cgu blom abih bg arahan....”dorg senyap menanti arahan. Tapi dlm otak dah mengarang sebab dah dapat soklan bocor dari kelas sebelah......ayat tu mesti control ayu, yela dah tau nnti kena baca kat depan kelas, malu la kekawan dengar...

”sebenarnya, sekejap lagi ada 2 bijik truck dari kem askar akan datang untuk angkut kamu semua dalam kelas ni.........sebab........anggota pertahanan di sempadan tak cukup, sukarelawan pulak banyak dah yang terkorban...terpaksa datang ambik juga walaupun budak sekolah...kamu tahula, kita sedang berperang kan.....puak pelampau tu nak menguasai negara kita sebab negara kita ni kaya dengan tanah yang subur.......tanam apa pun semua menjadi....lgpun dorang nak meluaskan jajahan takluk di mayapada ini..........” bbudak mengerutkan kening. Nasib baik kelas ni di bawah kolong. Feel terasing dari dunia luar tu terasa sket..

”jadi ...kamu dah tak sempat balik ke rumah untuk jengok orang tua kamu. Org tua kamu dah di bagi tahu......mungkin masa dorang hadir ke sekolah ni untuk bertemu dengan kamu buat kali terakhir sbelum kamu berangkat, kamu dah berada dalam truck. Tak sempat berjumpa.....sekarang kamu Cuma ada masa 30 minit untuk menulis surat kepada family kamu..........bgtaula yang kamu terpaksa pergi tuk mempertahan negara tercinta. nyatakanlah apa perasaan dan harapan kamu pada ibu ayah, adik, masyarakat..............

””tak payah baca di depan ke cikgu?”

”kamu dah nak pergi berperang!!kamu masih sempat tanya mende nih!!? Cepatlah tulis sementara ada masa.......”

”sekejap ...ader call.“aku menuju ke pintu.....dan keluar sebentar kemudian aku masuk semula dan menutup daun pintu.

”ALAMAK.....nampaknya truck dah dalam perjalanan!...........cepat siapkan surat kamu, nnt tak sempat pulak nak minta maaf dengan ibu bpa....”

Suasana pun menjadi agak senyap sebab dorang sedang mengarang. Tapi biasala.....mende tak betul, bukan dorang kesah gak. Ada hati lagi mo meniru kekwan punya surat....” ya rabbi.....nak sampaikan apa isi hati pada keluarga pun tatau.....nak kena tanya kwn pulok.....padahal ms dah singkat betul!!”

Kmudian ku tengok jam. Kat luar pun kelam semacam, sebab cuaca sekarang tak menentu, mungkin nak hujan....

”okey......masa dah tamat......!semua orang tolong beratur. Buat dua barisan kat depan pintu keluar ni. Lelaki dan perempuan........truck dah SAMPAI!! Cepat beratur........!”

mujur la ini last period......xde klas dah...elokla terus beratur depan pintu.

Bebudak ni dgn muka malas. Punggung pun berakar di kerusi, susah mau bangun. Lepas dipaksa2, akhirnya bangunla jugak. Bunyi kerusi2 ditolak disorong bergema. Puas bagi arahan baru mau beratur leklok. Camana nak mendidik jiwa2 yg pelbagai rupa ni spy cintakan negara, cintakan tanah air............wat citer punya la menyayat hati pun takde perasaan. Alih2 cikgunya gak yang penuh perasaan....huhu. bila dah beratur, citer pon bersambung...

”baiklah student2 ku yang tercinta.............cgu pong rs berat hati nak melepaskan kamu pergi........kamu pegi dulu, nnt cgu menyusul, cgu ader keje lagi yang blom selesai kat sini.....lepas selesai nnt I follow ur track...”

Totettotet gak mulut depa berbunyik bising

”DIAM dan PANDANG DEPAN...........luruskan barisan.......jangan lagi kamu toleh2 kebelakang...........org yang nak pergi berjuang hanya nampak kemenangan di hadapan.....andaikata kamu menoleh ke belakang, wajah ayah bonda dan keluarga yang kamu nampak akan melemahkan semangat juangmu.......berat hati menambahkan lagi berat di kaki...............jadi....JANGAN PANDANG BELAKANG........”

”sebenarnya keluarga kamu memang ada di belakang ni...........cgu takut cgu pong xsempat nak sampaikan surat wasiat kamu.........jadi.....cgu pilih Abut sebagai orang pertama tuk baca surat wasiatnya...........” gulp..kena baca gak rupanya....heheh...yela...keadaan dah darurat, sayangla kalau tulis tapi tak sempat kasi family.........

Maka putus terpaksala Abut membacanya

”Kehadapan ayahnda dan bonda yang dikasihi................

anakanda akan pergi berperang..

halalkan makan minum anakmu....

klu ada salah, anakanda minta maaf kerana anakanada memang banyak buat salah.....tp sebenarnya anakanda amat sayangkan ayah dan bonda.....................”

Ada la 2,3 org lagi yang dipilih.......hmm...sedey gak dengar surat2 mereka...

Bila org terakhir baca............kedengaran bunyi berlarian di luar...ye..taim balik..bbudak memang mcm tu.....mcmla rumah dorang akan tinggalkan dorg....mcmla bas yg dicharter akan tinggalkan dorang......

”nampaknya org lain pun dah bergerak.......maka...sampai di sini saja pertemuan kita tuk hari ni,....”

SAMPAI DISINI SAJA

Thursday, October 21, 2010

kecubung putih

Pokok kecubung (Datura stramonium)

Terung pungaq (loghat kedah)

Bunga putih ni lepas di jemur kering

Then di gulung dan bakar biar berbara

Asapnya bolehla disedut untuk Ubat resdung

Daun boleh dibuat tuam untuk penyakit pasang surut

Tuam pada tungku panas

Pastu pindahkan ke **tut

Insyaalah..........

Buahnya berduri

Bolehla dikeringkan disimpan buat benih

















Thursday, October 7, 2010

Mahkota dewa

Tumbuhan herba ni ....Phaleria Macrocarpa


Ubat kanser
Buah yang masak di potong macam potongan asam keping.......
bijinya racoon xbleh makan no. isi saja di amik
jemur hirisan. dah kering simpan.
bila2 amik sekeping 2, rendam dalam air panas, minum begitu saja........macam air teh la rasanya

Kampus astro

Nak kata cgu malas mengajar, dah macam2 cara cgu cuba………tp biasala semua pun ikut silibus

Nak kata subjek sains tak menarik???? Excuseme……..kamu memang malas berfikir sebab tu kata subjek ni tak menarik

Takkan sebab kena belajar dalam English version buat kamu rasa tension, stress, pening ……..and yg seangkatan dengannya. Padahal sekarang pun still dwibahasa. Tuk orang yg lemah ada lagi pengecualian sampai semua pon sebenarnya in Malay version ……

Camana ye………….sampai timbul siri CLEVER edisi Malaysia…punyala nak menunjukkan betapa menariknya sains

Jadi arini kita gi tengok tv lah…KAMPUS ASTRO ada tu takkan nak tengok saja..........lari sikit dari silibus semata2 cgu nak membuka minda kamu semua……..and enjoy your day……tengok orang wat uji kaji pastu bolehla balik wat kat umah……..yalah…kat umah kamu kan takda astro………..

ni org dah bagi percuma, baik kita guna sebaik mungkin..........daripada otak berkarat, baik berfikir.........

Dalam seumur hidup kamu dari masa boleh bercakap, mumaiyiz, boleh membezakan antara 2 benda........bila tengok sesuatu mende....mustahil kamu tidak pernah ada persoalan. Kenapa begini, kenapa begitu.

Punya la banyak persoalan and ujikaji yang dijalankan untuk menjawab soalan2 tersbut....... dlm siri CLEVER eps 1:

Kenapa ayam jalan terangguk?

Bagaimana nak jadikan telur ayam melantun?

Bagaimana nak melancarkan roket plastik yang kita buat?

Kenapa suara kita berubah apabila menyedut gas Helium???

Bahan manakah boleh menguraikan polistrin dengan pantas?

Tapi..............kamu tetap macam ni gak