Friday, July 30, 2010

Cikgu : Siapa yang curi pen saya?



siapa ye.....jom kita cari bukti



Dah check cap jari kat pencil box kamu? cap jari pencurik tuu....kalau dah.....line clear.
okey..........semua pelajar diminta menurunkan cap jari sempena tajuk variasi tak selanjar.......
kamu yang hilang pen tu cuba cari cap jari mana yang sama dengan cap jari yang
kamu dapat dari pensil box tadi......
kepada semua pelajar.....barang siapa didapati dengan bukti menunjukkan kamu la pencuriknya.....maka hukumannya .........kalau ikut hukum hudud, blehla dipotong tangan kamu tu........ade pahem

Thursday, July 1, 2010

PENULENAN BAHAN

Ada 2 cara untuk menulenkan sesuatu bahan yang tidak tulen, iaitu dengan menggunakan kaedah:
  • penyulingan
  • penghabluran

KAEDAH PENYULINGAN

Memisahkan satu cecair drp :

a) larutan yang mengandungi bahan pelarut. Cth; air laut

b) campuran dua atau lebih jenis cecair yg mempunyai takat didih berbeza. Cth : alkohol

Kaedah penyulingan melibatkan proses

· Pendidihan

· kondensasi

Antara Aplikasi kaedah penyulingan:

1.menyuling air laut untuk mendapatkan air tulen

2.penyulingan petroleum untuk mendapatkan pecahan petroleum

3. menyuling hasil penapaian untuk mendapatkan etanol


KAEDAH PENGHABLURAN

Memisahkan pepejal daripada larutan tepunya. (larutan yang ada kuantiti maksimum bahan terlarut)

Ciri- ciri bahan tulen:

  • Terdiri daripada sejenis zarah sahaja
  • Takat lebur dan takat didih yang tetap
  • Tidak mengandungi bendasing

Kehadiran bendasing

  • meningkatkan takat didih
  • merendahkan takat beku/ takat lebur