Bila impulse saraf dalam bentuk signal elektrik sampai ke sinaps
- vesikel yang berada di presynaptic akan di stimulate
- vesikel akan membebaskan neurotransmitter
- keadaan ini berlaku dengan bantuan tenaga ATP yang dihasilkan oleh mitokondria yang banyak terdapat di situ. Ini dapat memastikan perjalanan impulse saraf adalah sehala……ye la….. Mitokondria Cuma ada di presynaptic tapi takde di postsynaptic.
- atau, senang cakapla….ini satu contoh pengangkutan aktif – pengangkutan yang memerlukan tenaga
- neurotransmitter tersebut akan meresap merentasi sinaps. Jadi pemindahan maklumat dari presynaptic melalui synaps adalah dalam bentuk bahan kimia
- apabila neutrotransmitter sampai ke postsynaptic, maklumat ini akan bertukar ke bentuk impuls saraf semula
- seterusnya impuls pun akan meneruskan perjalanan dalam neurons hingga sampai ke destinasi…..mana ye? efektor lah
kelajuan impuls setakat ni dalam 120m/s. dalam satu saat impuls boleh sampai ke destinasi sejauh 120 meter! bayangkan semasa kita membaca maklumat tentang impuls saraf ni pun, dah berapa banyak impuls yang tercetus dan sampai ke destinasi yang jauh sbanyak beberapa juta kali....subhanallah