Saturday, November 12, 2011

pentingnya ilmu

Sedang dalam perjalanan di suatu hari, tetiba adikku bertanya


“kak...ang rasa hujung dunia kat mana?”

Haa....ada lagi orang yang berfikiran cam dia neh...hahaha aku gelakkan dia dengan sesungguh hati

“dunia ni bulat la mak cik oiiii....tu la pasal belajar sains tak abih”

Sunday, November 6, 2011

silap translate

sebab kelas ni dah laju sikit ke depan maka, dorang tinggal satu bab saja lagi.
jadi, aku nak pelajar dalam kelas ni buat keje yang ambil masa sikit. selalunya dari nota ringkas dorang, aku tolong translatekan.
jadi ari ni, suh dorang sniri la translate

sampai masa aku suruh sorang bangun dan baca apa yang ditranslatekan

benzene - benzena
copper - kuprum
alcohol - arak

"eh.....jangan kamu translate alcohol sebagai arak ye"

Thursday, November 3, 2011

Banyak garam banyak ragam

Garam mengandungi dua bahan asas iaitu sodium dan klorida. Garam diperlukan untuk menseimbangkan kandungan cecair dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik bagi membolehkan transmisi saraf serta pengecutan otot.
Garam berlebihan akan meningkatkan tekanan darah. Apabila tekanan darah meningkat, risiko mendapat strok, serangan jantung juga bertambah. Pengambilan garam berlebihan juga mendedahkan anda kepada kanser perut dan hidung.

Kanak-kanak yang mengambil banyak garam pula mempunyai peluang besar untuk mengalami tekanan darah tinggi apabila dewasa.

Biasanya buah pinggang bertanggungjawab mengawal paras garam dalam badan. Jika terlalu banyak garam, buah pinggang menyingkirnya melalui air kencing.
Namun apabila kandungan garam dalam darah sangat tinggi, buah pinggang tidak lagi dapat mengurangkan paras garam ke tahap normal dan garam ni kekal di dalam darah.

Satu sifat garam ialah ia mampu menarik air. Apabila terlalu banyak garam dalam darah, Ia menarik lebih banyak air masuk ke dalam aliran darah untuk mengekalkan paras garam yang selamat. ini bermakna kandungan cecair dalam salur darah bertambah dan ia menyebabkan tekanan darah meningkat.

Sesetengah orang lebih sensitif terhadap garam dan pada individu begini pengambilan garam berlebihan menaikkan tekanan darah. Biasanya orang tua dan pesakit kencing manis lebih sensitif pada garam. Secara purata, kita memerlukan kira-kira 300 mitigram garam sehari untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Walaupun kita boleh mengambil sehingga 2,300 miligram garam sehari tetapi pesakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan individu berumur 40 tahun ke atas perlu mengawal pengambilan garam supaya tidak melebihi 1,500 miligram sehari.

Dianggarkan 80 peratus garam yang diambil adalah garam tersembunyi iaitu di dalam makanan berproses, termasuk daging hancur, daging burger, naget, sayur asin, ikan masin, sosej, keju, buah zaitun jeruk, jeruk buah, biskut, snek, kerepek dan makanan dalam tin. Garam dalam masakan hanya menyumbang peratusan kecil terhadap paras garam darah. --> http://www.biovco.com/darah-tinggi-05gtc.php
agaknya akula orang yang sensitip itu. Mungkin badan yang agak sensitive dgn kandungan garam berlebihan menyebabkan rasa pening, mual, sebu perut dibuatnya 2, 3 menjak ni. Sejak umo meningkat, ceginilah. Kena selalu memantau pemakanan diri sendiri. Aktiviti cergas untuk membakar kalori pun tak leh dibuat sembarangan gak. Paling cergas pun naik turun tangga ja…huhu.

Sebenarnya kita juga boleh menjadi doctor kepada diri sendiri sebab kita yang benar2 kenal diri kita. Dulu masa aku diperantauan selama 4 tahun, sakit pening, demam, banyak yang aku rawat senirik. Contoh kalau keracunan makanan, simptomnya biasa muntah berak sampai seharian. Makan apa pun semua keluar semula. Nak ke klinik pun bukan ada kenderaan on da spot. Terpaksa fikir rawatan secara saintifik. Ada aku ingat cikgu ku masa form5 pesan, kalau makan n minum, tapi keluar semula, better minum air garam. Sebab badan dah kekurangan garam mineral. Kalau hanya air sahaja badan dah tak leh serap n Elakkan makan benda berminyak. Sebab perut dalam kondisi yang tak baik dalam proses penyerapan. Dan aku bayangkan bahagian vilus di ileum ditutupi dengan bendasing yang macam sampah sarap. Melekat macam lumut.macam tumpahan minyak yang mengganggu keseimbangan ekologi di lautan. hmm….jauh menscan usus sendiri dengan mata hati…
Pasal kemarin aku tak makan sangat. Setakat capai apa yang sempat. Bz tul….sebenarnya, antara bz dan tak, aku boleh pilih, Cuma aku pilih bz………ini pilihan bagi orang frust????????mungkin?

Sarapan kul 8.30am, jemput2 yang berminyak. Puas dah aku perah minyaknya dengan kertas penyerap minyak, tapi mana yang tak sempat tu aku sumbat je masuk mulut. Lepas tu bergegas ke daerah hutan di tengah sawah memugaq kata orang. P teman mak ku amek kelapa. P teman mak, tau jela. Takkan nak bagi dia yang buat semua keje. Huhu….ada bawa bekal air susu omega yang dibancuh dengan kurma. Sedap rupanya susu kurma ni. Cubala. Aku simpan kurma masa bulan puasa tuk dibancuh dengan susu. Tak payah letak gula. Jadi, rasanya manis2 buah.

Abih memugaq dalam kul 12pm. Balik umah pun dah kul 1pm. Sampai umah adikku ajak g membli belah tuk barang kedainya….bolehlah. dah lama tak kuar shopping. Dah hampir 2 bulan. P pusing sana, pusing sini. Tak sempat makan sebelum bertolak, aku capai je pisang emas 2 sikat. Abih 2 sikat tu aku makan masa dalam perjalanan. Sampai kat pasaraya ngam2 perut meragam. Heheh…makan pisang punya hal.
Aku beli kerepek 3 rm10 hengget. Abih kepek tu aku makan. Masa nak balik dalam kul 8pm, aku lapar tapi tak tau nak makan apa, aku beli ayam golek lada hitam separuh je….masin aaa…aku minum yogurt 450 ml…..sampai kedai, kami mengemas semua barang yang dibeli….pastu balik umah dah jam 10.30pm…

Malam tu kul 2.30am, perut sebu lain macam, nak muntah tak muntah, kepala pon pening2 memusing. Last2 lepas baca ayat kursi 2, 3 kali, boleh la jugak tido.

Pagi esok aku set mind tanak makan minum especially benda berminyak pasal kalau ada masalah penghadaman, memang kena jauhi mende berminyak….tapi lepas bekerja dalam 2jam di kedai makan, kedai makan….memangla banyak makanan…..perut pun dah ok sikit…apalagi…ku bantai makan sepinggan kueteow….pastu terus colap kat atas meja….memang berpusing2 kepala. Takleh angkat kepala….tapi sebab malu la kalau pelanggan datang, aku gagahi jugak pegi ke bilik belakang. Kat sana la aku baring sekejap….rasa macam dah takleh bangun, memang kena amek mc dah, kalau tak terdaya gak, memang kena tpon minta EL je dari pejabat. Dalam ½ jam lepas tu, dengan kepala masih memusing2 dapat gak aku bangun bawa keta balik umah. Kat umah aku baring lagi sambil pikir semula, apa yang aku makan sampai jadik camni…..aku agak je apa yang terlebih….aku pegi ke dapur amik air suam segelas….dengan lafaz bismillah……..aku habihkan segelas air tuh…..2, 3 minit lepas tu…alhamdulillah..dah hilang pening yang memusing tu.

Ada kebarangkalian ‘darah tinggi tiba-tiba yang disebabkan kandungan garam yang berlebihan dalam darah…..ada ka? Jadi aku minum air untuk mencairkannya….mungkinla……