PENAMBAHAN CAHAYA
- Dalam penambahan cahaya berwarna, warna primer ialah merah, biru dan hijau.
- Penambahan warna-warna primer boleh membentuk warna sekunder iaitu cyan, magenta dan kuning. Lihat jadual dibawah.
WARNA SEKUNDER | HASIL PENAMBAHAN WARNA PRIMER :- |
Magenta | Merah + Biru MARAHRU |
Cyan | Biru + Hijau SIANJARU |
Kuning | Merah + hijau NINGJARAH |
PENOLAKAN CAHAYA
- Penapis warna : bahan lutsinar yang membenarkan cahaya tertentu melaluinya.
- Penolakan cahaya berlaku apabila cahaya diserap atau ditolak oleh penapis warna tersebut.
- Terdapat dua jenis penapis:
- Penapis primer – menyerap semua warna kecuali warna dirinya shj
- Penapis sekunder – menyerap semua warna kecuali warna dirinya dan warna pencampurannya.
berdasarkan nota di atas, cuba tentukan warna yang terhasil pada skrin dalam rajah di bawah selepas cahaya berwarna melalui penapis berwarna.

Hanya warna penapis dan warna campurannya sahja yg boleh melalui penapis warna, jadi................apa yang berlaku dengan warna lain?
Warna lain diserap ye
PENGLIHATAN OBJEK BERWARNA
- Warna objek yang dilihat oleh manusia bergantung kepada :
- Warna cahaya yang menyinari objek
- Warna cahaya yang dipantulkan oleh objek ke mata pemerhati
- objek yang berwarna primer memantulkan cahaya warnanya sendiri dan menyerap semua warna lain
- objek yang berwarna primer memantulkan cahaya warnanya sendiri dan warna-warna primer yang membentuk warnanya.
- objek kelihatan putih kerana ia memantulkan semua cahaya
- objek kelihatan hitam kerana ia menyerap semua cahaya.
terima kasih di atas perkongsian ilmu
ReplyDeletethank you very much !
ReplyDeleteTerima kasih! Nota ni sangat membantu saya (^_^)
ReplyDelete