Monday, November 1, 2010

Penyakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang

Ostereoporosis

Penyakit di mana jisim tulang berkurang dan tulang menjadi poros (berongga) dan semakin ringan. Osteoporosis sering berlaku pada orang2 tua.terutamanya pada wanita yang mengalami menopause.

Osteoporosis boleh dicegah melalui

  • Weight bearing exercise
  • Pengambilan makanan yang mengandungi kalsium, fosforus dan vitamin D
  • Tidak merokok

Distrofi otot

Penyakit yang melibatkan kemerosotan otot.

Arthritis

Penyakit yang menyerang sendi. Terdapat tiga jenis arthritis iaitu :

  1. Osteoarthritis
  2. Rheumatid arthritis
  3. Gout

Osteoarthritis – penyakit ini biasanya dihidapi oleh orang tua2 di mana tulang rawan menjadi haus dan rosak

Rheumatid arthritis – penyakit ini disebabkan berlakunya keradangan pada sinovial membran pada sendi jari, pergelangan tangan dan kaki, juga di bahagian ruas

Gout – penyakit yang disebabkan oleh pemendapan asid urik pada sendi

Ketiga2 penyakit arthritis di atas melibatkan kemerosotan membran sinovial, tulang dan tulang rawan pada sendi. Namun simptom2 penyakit2 di atas adalah sama iaitu keradangan dan kesakitan dan kekakuan pada sendi.

No comments:

Post a Comment