PENAMBAHAN CAHAYA
- Dalam penambahan cahaya berwarna, warna primer ialah merah, biru dan hijau.
- Penambahan warna-warna primer boleh membentuk warna sekunder iaitu cyan, magenta dan kuning. Lihat jadual dibawah.
WARNA SEKUNDER | HASIL PENAMBAHAN WARNA PRIMER :- |
Magenta | Merah + Biru MARAHRU |
Cyan | Biru + Hijau SIANJARU |
Kuning | Merah + hijau NINGJARAH |
PENOLAKAN CAHAYA
- Penapis primer – menyerap semua warna kecuali warna dirinya shj
- Penapis sekunder – menyerap semua warna kecuali warna dirinya dan warna pencampurannya.

Hanya warna penapis dan warna campurannya sahja yg boleh melalui penapis warna, jadi................apa yang berlaku dengan warna lain?
Warna lain diserap ye
PENGLIHATAN OBJEK BERWARNA
- Warna objek yang dilihat oleh manusia bergantung kepada :
- Warna cahaya yang menyinari objek
- Warna cahaya yang dipantulkan oleh objek ke mata pemerhati
- objek yang berwarna primer memantulkan cahaya warnanya sendiri dan menyerap semua warna lain
- objek yang berwarna primer memantulkan cahaya warnanya sendiri dan warna-warna primer yang membentuk warnanya.
- objek kelihatan putih kerana ia memantulkan semua cahaya
- objek kelihatan hitam kerana ia menyerap semua cahaya.

.png)


