Tuesday, December 21, 2010

putera katak

A frog telephones the Psychic Hotline and is told,

"You are going to meet a beautiful young girl

who will want to know everything about you."

The frog says, "This is great!

Will I meet her at a party, or what?"

"No," says the psychic.

"Next semester in her biology class."

Sunday, December 12, 2010

istilah dalam ekosistem dinamik

Istilah

Maksud

Contoh

spesies

Organisma yang mempunyai sifat yg sama

Populasi

sekumpulan organisma daripada satu spesies yang sama

Komuniti

merujuk kepada haiwan dan tumbuhan yg hidup dalam satu habitat tertentu

Habitat

tempat tinggal suatu organisma

Nic

peranan dan aktiviti sesuatu organisma dalam suatu ekosistem

Ekosistem

satu unit semula jadi yang terdiri daripada tumbuhan dan haiwan yg saling berinteraksi assl

Komponen biosis

komponen hidup dalam ekosistem

Haiwan & tumbuhan

Komponen abiosis

komponen bukan hidup dalam ekosistem

Aras pH, suhu, keamatan cahaya, kelembapan, topografi, iklim mikro

Rantai makanan

Satu proses memakan dan dimakan wujud dalam komponen biosis

Aras trof

Setiap peringkat dalam rantai makanan

Simbiosis

Interaksi antara dua organisma drp spesies berlainan yg hidup bersama2

Komensalisme

Satu organisma dapat faedah

Satu lagi tidak untung @ rugi

Epifit – tumbuhan hijau tumbuh pada tumbuhn lain

Epizoit – haiwan yg hidup dipermukaan haiwan lain

Parasitisme

Parasit mendapat faedah

Perumah mendapat kerugian

Ektoparasit – luar perumah

Endoparasit – dalam perumah

Mutualisme

Kedua2 organisma mendapat keuntungan

Saprofitisme

Interaksi antara organisma hidup dengan bahan organik yang mati dan mereput

Saprofit – tumbuhan yg mendapat makanan drp bahan organik mati

Saprozoit – haiwan seni yg mendapat makanan drp bahan organik mereput

Persaingan intraspesies

Persaingan yg berlaku antara individu drp spesies yg sama

Persaingan antara pokok2 jagung

Persaingan interspesies

Persaingan antara individu drp spesies berlainan

Persaingan antara dua spesies paramecium sp.

Proses pengkolonian

Suatu proses di mana tumbuhan hidup menakluki sesuatu kawasan baru dan membentuk koloni di kawasan itu

Sesaran

Proses penggantian sesuatu spesies tumbuhan dominan dengan spesies tumbuhan lain (spesies penyesar) secara beransur-ansur

Komuniti klimaks

Komuniti stabil

Spesies perintis

Spesies tumbuhan pertama yang menakluki kawasan baru

Monday, November 1, 2010

Penyakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang

Ostereoporosis

Penyakit di mana jisim tulang berkurang dan tulang menjadi poros (berongga) dan semakin ringan. Osteoporosis sering berlaku pada orang2 tua.terutamanya pada wanita yang mengalami menopause.

Osteoporosis boleh dicegah melalui

  • Weight bearing exercise
  • Pengambilan makanan yang mengandungi kalsium, fosforus dan vitamin D
  • Tidak merokok

Distrofi otot

Penyakit yang melibatkan kemerosotan otot.

Arthritis

Penyakit yang menyerang sendi. Terdapat tiga jenis arthritis iaitu :

  1. Osteoarthritis
  2. Rheumatid arthritis
  3. Gout

Osteoarthritis – penyakit ini biasanya dihidapi oleh orang tua2 di mana tulang rawan menjadi haus dan rosak

Rheumatid arthritis – penyakit ini disebabkan berlakunya keradangan pada sinovial membran pada sendi jari, pergelangan tangan dan kaki, juga di bahagian ruas

Gout – penyakit yang disebabkan oleh pemendapan asid urik pada sendi

Ketiga2 penyakit arthritis di atas melibatkan kemerosotan membran sinovial, tulang dan tulang rawan pada sendi. Namun simptom2 penyakit2 di atas adalah sama iaitu keradangan dan kesakitan dan kekakuan pada sendi.

Struktur sel


Membran plasma

* membrane paling luar yang melingkungi protoplasma dan membentuk sempadan antara bahagian luar sel dengan sitoplasma

* terdiri drp dwilapisan fosfolipid di antara dua lapisan protein yang berfungsi mengawal atur bahan yang keluar dari sel dan yang masuk ke dalam sel

* terdapat liang yang menembusi membran yang menerangkan sifatnya yang separa telap atau ketelapan pilihan iaitu membenarkan bahan tertentu memasuki sel dan menghalang bahan lain memasuki sel

* terdapat sesetengah protein pada membran sel yang bertindak sebagai molekul pembawa yang mengangkut bahan-bahan tertentu merentasi membran sel (ni citer dalam pengangkutan aktif dan pasif)

* berfungsi dalam memberi bentuk, kekuatan mekanikal dan melindungi sel daripada rosak




Mitokondrion

* organel berbentuk bujur atau bulat dan terdiri drp 2 lapisan membran : membran luar yang licin dan membran dalam yang berlipat dan membentuk krista

* mengandungi matriks yang mengandungi enzim-enzim yang terlibat dengan penghasilan tenaga melalui kitar krebs

* banyak terdapat dalam sel-sel yang aktif seperti sel otot, sel sperma dan sel hati





kloroplas

* merupakan plastid yang mengandungi pigmen klorofil yang mmberikan warna hijau pada tumbuhan

* terdapat dalam sel yang berfotosintesis

* merupakan tapak di mana gula ringkas dan sebatian lain disintesis dari karbon dioksida dan air menggunakan tenaga cahaya matahari




Jalinan endoplasma

* ada 2 jenis

* jalinan endoplasma kasar – terdapat pada sel-sel aktif dalam sintesis dan rembesan protein

* merupakan tempat simpanan sementara protein yang disintesiskan oleh ribosom yang terdapat pada permukaannya

* jalinan endoplasma licin – tidak mempunyai ribosom pada permukaannya dan terlibat dengan sintesis dan pengangkutan fosfolipid, steroid dan asid lemak

* ribosom terdapat pada permukaan jalinan endoplasma kasar dan terlibat dalam sintesis protein



Jasad golgi

* terdiri drp vesikel golgi yang dikelilingi membran hasil percantuman cebisan vesikel dari jalinan endoplasma licin

* terlibat dalam memproses, mengubah suai dan mengangkut protein dalam bentuk vesikel golgi

* sebahagian vesikel golgi membentuk lisosom




Thursday, October 28, 2010

Mari mengenali tangan anda


Tulang yang membentuk lengan ada 3 saje
  • lengan atas - humerus
  • lengan bawah - radius dan ulna
Otot glamer yang terlibat dibahagian lengan ada 2
  • biceps - otot bahagian depan lengan atas
  • triceps - otot bahagian belakang lengan atas

Biceps dan triceps ada hubungan intim dalam sesuatu pergerakan tangan.

  • bila tricep relax, bisep akan contract - radius dan ulna akan terangkat ke atas (tangan bengkok)
  • bila bisep relax, tricep akan contract - radius dan ulna turun ke bawah (tangan lurus)
Antara dua bahagian lengan, ada bahagian2 lain lagi yang penting dalam melancarkan kehidupan anda, memudahkan pergerakan anda, yang sepatutnya mampu membuat anda bersyukur kepada yang Maha pencipta yang mencipta anda dengan sebaik-baik kejadian....huhu...ni baru tahu part lengan....belum lagi part lain yang lagi kompleks...

  • ligamen - bahagian yang menyambungkan tulang dengan tulang
  • tendon - bahagian yang menyambungkan tulang dengan otot
  • sinovial membrane - merembeskan sinovial fluid
  • sinovial fluid - pelincir yang mengurangkan geseran antara dua tulang
  • cartilage (tulang rawan ) - melindungi joint dan melancarkan pergerakan

Contoh soalan: (ni soalan yg cgu dok mempertahankan benang basah....hehe...cgu pun lupa la..)


Rajah menunjukkan struktur suatu sendi.

Apakah fungsi X?

A Menyerap hentakan

B merembeskan bendalir sinovial

C melindungi tulang

D mengurangkan geseran di antara tulang

jawab la....Clue2 semua dah ada kat nota atas

CSI : am I a target?

Satu hari lepas pulang dr skolah……..Adikku yg kuat telepati and

imaginasi menegur


My sis : sis.! don’t u see someone mark ur car last night…….


Me : not yet….


MY sis : better u go n check…..pegila tabor garam ke hapa hapa ke…baca ayat kursi ke..org klu dah dengki ni tau tau jela


Me : malasla…….(malas layan dia…kuat prasangka)


Tapi lepas tu aku pegi jugak





I See......

Memang ada tanda pangkah tapi......


Pangkahnya agak pelik


Bahagian atas macam ada bentuk jari........tapi bahagian pangkah tu xda pula nmpak bentuk jari...Atas cermin pun ada kesan


Bila ku teliti lagi meleret pulak kesannya pada cermin depan......kesan mcm tapak kaki yang ada empat jari...terus lagi mataku mengikut kesan tapak kaki sampai bahagian viper........


Dekat viper ni pelik sket.....ada dua garisan memanjang turun ke bahagian depan ...macam 2 jari besar yang dileretkan....jari apa ye...jari gorila kot....kalu di alam ghaib yang sama bentuk gorila nama nya hantu raya......tataula


Akhirnya berdasarkan pemerhatian, beberapa ramalan telah dibuat :


Bentuk pangkah macam disapu dengan berus cat berbulu tebal atau dengan kata lainnya adalah ekor binatang


Dengan keadaan sekarang yang selalu hujan menyebabkan tanah berlumpur, jadi binatang berekor tebal ini menyeret tanah berlumpur

Kemudian melompat ke atas kereta

Menyeret ekornya di tepi kereta

Pastu ekor di angkat tapi sebab berat dengan lumpur

Ekornya terjatuh semula tapi dalam pusingan menyebabkan bentuk pangkah terbentuk


Then dia meneruskan perjalanan dengan ekor terangkat. Kali ni cara dia mengangkat ekornya lebih stabil sebab dah tau berat banyak mana, bley la dia seimbangkan


Sebab tu ada kesan tapak kaki di cermin depan.

Sampai di depan viper, viper tersebut mengganggu perjalanannya pada cermin...jadi 2 kaki pada cermin, 2 kaki lagi pada badan kereta..........tapi badan kereta di bahagian depan agak curam dan licin menyebabkan kakinya tergelincir.....nampakla seperti 2 garisan memanjang

Kesimpulannya : musang la tu...xde keje

Friday, October 22, 2010

Fakta menarik

Jantung zirafah ialah sepanjang 2 kaki = 60 cm

Dan boleh mencapai berat10kg

Bayangkan jantungnya lebih besar dari tayar lori

Ada juga haiwan yang mempunyai lebih dari satu jantung

Sotong mempunyai 3 jantung

Cacing pula mempunyai 5 jantung

Jangan lupa adik2 menonton

TVIQ

Dalam Clever edisi Malaysia

Ada banyaaaaaaaaak exp kat sana

Exp: otak lambat bertindak balas

berdiri bersebelahan beramai2......tolak belakang tapak tangan sesama sendiri sekuat yang boleh....berhenti menolak dan keluar dari barisan

Exp : pusat graviti berubah

berdiri tegak rapat ke dinding. Cuba ambil sekeping duit yang dijatuhkan di hadapan anda

Exp : geseran

Tuala mengeluarkan gabus di dalam botol melalui geseran

Exp : daya lekitan dan lekatan air

Gulung tisu sepanjang straw. Masukkan dalam bikar yang mengandungi air berwarna

Exp : zat besi dalam makanan

Yang mana satu makanan yang akan melekat pada magnet (sosej, emping jagung, coklat)

Masukkan makanan tersebut dalam mangkuk air. Dekatkan magnet.

Exp : perubahan berat

Perubahan berat berlaku semasa menaiki roller coster. Kerana bukan daya graviti shj yg wujud. Daya centrifugal juga wujud (contoh: memusing bekas air dalam beberapa pusingan ........daya centrifugal akan menghalang air dari tumpah)...........daya centrifugal kurg dr daya graviti...berat akan berkurang atau negatif........bila kedua daya bergabung, berat bertambah

Banyak lagi fakta2 sains menarik yang menunggu adik2

Hmm....cgu pun tatau sotong dgn cacing ada lebih dari 1 jantung