understanding, logical reasoning, analytical, creative and divergent thinking - important rule in learning science
Sunday, March 27, 2011
Goyang...goyang...goyang
Macam biasala pelajar semua kena buat ikut prosedur. Walaupun senang dan mudah, kamu tetap kena lakukan mengikut step. Sebelum mula ada peraturan tambahan yang cgu sediakan.
• Jangan lantunkan biji guli ke lantai
• Jangan main tuju-tuju guli dalam makmal
• Jangan curi guli ni walau sebijik pun.
Ok.....dah faham......kita tengok langkah-langkah yang simple ni........
1 Masukkan biji-biji guli ke dalam setiap bahagian X, Y, dan Z dalam bekas seperti pada rajah di atas.
2 Perhatikan susunan guli-guli di bahagian X, Y, dan Z.
3 Goyang bekas itu dan perhatikan cara guli-guli dalam setiap bahagian itu bergerak.
Jadi.......cgu nak tau....bahagian mana yang mewakili keadaan jirim
a) Pepejal
b) Cecair
c) Gas
- Antara zarah-zarah dalam keadaan gas dan cecair, yang manakah lebih kerap berlanggar antara satu sama lain?
- Tolong lukis susunan zarah dalam pepejal, cecair dan gas.
Thursday, March 3, 2011
isipadu guli
Wednesday, February 9, 2011
appreciate our kidney
”kak....apa maksudnya bila orang pergi cuci buah pinggang?”
”mana ada cuci buah pinggang....cuci darahlah....”
”macam mana dorang cuci darah....kenapa kena cuci darah?”
”sebab ginjal dah rosak...tugas ginjal ialah mencuci darah....darah dialirkan masuk ke ginjal melalui renal arteri...bahan kumuh dalam darah akan diasingkan oleh nefron yang terdapat dalam ginjal melalui 3 peringkat.
- Ultrafiltration (tapisan),
- reabsorption (penyerapan semula)
- secretion(perembesan).
Sunday, January 30, 2011
i want to eat? i dont want?
Saturday, January 8, 2011
Apa jadi pada impuls saraf bila sampai di sinaps?
Tuesday, December 21, 2010
putera katak
A frog telephones the Psychic Hotline and is told,
"You are going to meet a beautiful young girl
who will want to know everything about you."
The frog says, "This is great!
Will I meet her at a party, or what?"
"No," says the psychic.
"Next semester in her biology class."
Sunday, December 12, 2010
istilah dalam ekosistem dinamik
Istilah | Maksud | Contoh |
spesies | Organisma yang mempunyai sifat yg sama | |
Populasi | sekumpulan organisma daripada satu spesies yang sama | |
Komuniti | merujuk kepada haiwan dan tumbuhan yg hidup dalam satu habitat tertentu | |
Habitat | tempat tinggal suatu organisma | |
Nic | peranan dan aktiviti sesuatu organisma dalam suatu ekosistem | |
Ekosistem | satu unit semula jadi yang terdiri daripada tumbuhan dan haiwan yg saling berinteraksi assl | |
Komponen biosis | komponen hidup dalam ekosistem | Haiwan & tumbuhan |
Komponen abiosis | komponen bukan hidup dalam ekosistem | Aras pH, suhu, keamatan cahaya, kelembapan, topografi, iklim mikro |
Rantai makanan | Satu proses memakan dan dimakan wujud dalam komponen biosis | |
Aras trof | Setiap peringkat dalam rantai makanan | |
Simbiosis | Interaksi antara dua organisma drp spesies berlainan yg hidup bersama2 | |
Komensalisme | Satu organisma dapat faedah Satu lagi tidak untung @ rugi | Epifit – tumbuhan hijau tumbuh pada tumbuhn lain Epizoit – haiwan yg hidup dipermukaan haiwan lain |
Parasitisme | Parasit mendapat faedah Perumah mendapat kerugian | Ektoparasit – luar perumah Endoparasit – dalam perumah |
Mutualisme | Kedua2 organisma mendapat keuntungan | |
Saprofitisme | Interaksi antara organisma hidup dengan bahan organik yang mati dan mereput | Saprofit – tumbuhan yg mendapat makanan drp bahan organik mati Saprozoit – haiwan seni yg mendapat makanan drp bahan organik mereput |
Persaingan intraspesies | Persaingan yg berlaku antara individu drp spesies yg sama | Persaingan antara pokok2 jagung |
Persaingan interspesies | Persaingan antara individu drp spesies berlainan | Persaingan antara dua spesies paramecium sp. |
Proses pengkolonian | Suatu proses di mana tumbuhan hidup menakluki sesuatu kawasan baru dan membentuk koloni di kawasan itu | |
Sesaran | Proses penggantian sesuatu spesies tumbuhan dominan dengan spesies tumbuhan lain (spesies penyesar) secara beransur-ansur | |
Komuniti klimaks | Komuniti stabil | |
Spesies perintis | Spesies tumbuhan pertama yang menakluki kawasan baru |









