Friday, October 1, 2010

Kisah kanta

Bila masuk tajuk warna, cahaya dan penglihatan, tajuk awalnya tentang kanta........semua benda tentang kanta. Jenis kanta, jarak fokus, ciri imej. Bebudak paling suka kalau cgu bw kanta cembung...............kanta pembesar tu.....boleh tengok mata n gigi kkawan besau2



Ingat dorang nak tengok imej, tentukan jarak fokus??????? last2 dorang wat ujikaji pembakaran hasil dari penumpuan pada titik fokus kanta cembung di bawah terik mentari.

  1. sanggup dorang di bakar di bawah terik mentari.........silap2 kertas tak terbakar, dorang yang hangus
  2. Then masuk kelas dengan mata berpinau......

cgu : apasal?


stud : pening cgu...panas sgt kat luar...bila masuk klas ni mcm berpusing2 klas ni


Dari tempat terlalu cerah ke tempat yg agak redup mmg menyebabkan pembesaran anak mata disebabkan perbezaan jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata yang berubah secara tiba2.....dan kecelaruan minda pong berlaku.........antara nak sambung belajar atau nak trus tido

Haa.....pegi la berjemur lagi


Sekarang jawab latihan esei ni

Kanta dengan ketebalan yang berbeza mempunyai jarak focus yang berlainan


Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan satu hipotesis yang sesuai. [1m]

Seterusnya, huraikan satu rangka kerja untuk menguji hipotesis yang anda nyatakan dengan berpandu kepada perkara berikut:



i) tujuan eksperimen [1m]



ii) mengenalpasti pemboleh ubah [2m]



iii) senarai bahan dan radas [2m]



iv) kaedah [2m]



v) penjadualan data [1m]



vi) kesimpulan [1m]







Tapi........



disebabkan semua pong dah pening2 lalat dok berjemur.........maka

kat bawah ni cgu bg jawapanlah





hipotesis : semakin tebal sesuatu kanta cembung, semakin pendek jarak fokus kanta tersebut


(i) tujuan eksperimen :mengkaji hubungan antara jarak fokus dengan ketebalan kanta cembung


(ii) pemboleh ubah

a. dimanipulasi : ketebalan kanta

b. bergerak balas : jarak fokus kanta

c. dimalarkan : jarak objek


(iii) radas : kanta cembung yang berlainan ketebalan

pemegang kanta

pembaris meter

skrin putih


(iv) kaedah :


1. kanta cembung yang paling nipis diletak pada pemegang kanta dan susunan radas seperti di atas disediakan

2. suatu objek dari luar tingkap difokuskan pada skrin putih

3. skrin putih dilaraskan supaya imej tajam terbentuk

4. jarak fokus, f kanta itu diukur dengan pembaris dan nilainya dicatatkan

5. eksperimen diulang dengan menggunakan kanta yang sederhana tebal dan paling tebal


(v) penjadualan data :

Ketebalan kanta

Jarak fokus, f/cm

Paling nipis

Sederhana tebal

Paling tebal

(i) kesimpulan :

daripada keputusan eksperimen, didapati bahawa apabila kanta cembung semakin tebal, jarak fokusnya semakin pendek. Jadi hipotesis diterima

7 comments: