Monday, November 1, 2010

Struktur sel


Membran plasma

* membrane paling luar yang melingkungi protoplasma dan membentuk sempadan antara bahagian luar sel dengan sitoplasma

* terdiri drp dwilapisan fosfolipid di antara dua lapisan protein yang berfungsi mengawal atur bahan yang keluar dari sel dan yang masuk ke dalam sel

* terdapat liang yang menembusi membran yang menerangkan sifatnya yang separa telap atau ketelapan pilihan iaitu membenarkan bahan tertentu memasuki sel dan menghalang bahan lain memasuki sel

* terdapat sesetengah protein pada membran sel yang bertindak sebagai molekul pembawa yang mengangkut bahan-bahan tertentu merentasi membran sel (ni citer dalam pengangkutan aktif dan pasif)

* berfungsi dalam memberi bentuk, kekuatan mekanikal dan melindungi sel daripada rosak




Mitokondrion

* organel berbentuk bujur atau bulat dan terdiri drp 2 lapisan membran : membran luar yang licin dan membran dalam yang berlipat dan membentuk krista

* mengandungi matriks yang mengandungi enzim-enzim yang terlibat dengan penghasilan tenaga melalui kitar krebs

* banyak terdapat dalam sel-sel yang aktif seperti sel otot, sel sperma dan sel hati





kloroplas

* merupakan plastid yang mengandungi pigmen klorofil yang mmberikan warna hijau pada tumbuhan

* terdapat dalam sel yang berfotosintesis

* merupakan tapak di mana gula ringkas dan sebatian lain disintesis dari karbon dioksida dan air menggunakan tenaga cahaya matahari




Jalinan endoplasma

* ada 2 jenis

* jalinan endoplasma kasar – terdapat pada sel-sel aktif dalam sintesis dan rembesan protein

* merupakan tempat simpanan sementara protein yang disintesiskan oleh ribosom yang terdapat pada permukaannya

* jalinan endoplasma licin – tidak mempunyai ribosom pada permukaannya dan terlibat dengan sintesis dan pengangkutan fosfolipid, steroid dan asid lemak

* ribosom terdapat pada permukaan jalinan endoplasma kasar dan terlibat dalam sintesis protein



Jasad golgi

* terdiri drp vesikel golgi yang dikelilingi membran hasil percantuman cebisan vesikel dari jalinan endoplasma licin

* terlibat dalam memproses, mengubah suai dan mengangkut protein dalam bentuk vesikel golgi

* sebahagian vesikel golgi membentuk lisosom




1 comment:

  1. jalinan endoplasma licin,jasad golgi biasa ada di mana dalam tubuh badan manusia?

    ReplyDelete