Wednesday, November 4, 2009

science concept

Incorrect concept:-

  1. Animal cells do not have vacoule - actually animal cell like amoeba/ paramecium have small vacoule
  2. A log, being very heavy and sinks in water - log heavy but the volume is big too. so log not sink in water... consider the formula of density -------> when mass divide the volume we get the density. density of log is low.....below the density of water. log can float in water.
  3. A population is a group of all the organism present in a habitat - wrong. population is a group of same species in a habitat
  4. parasites usually kill their hosts - parasite not kill their hosts....parasites continue to live on/in the host to get benefits from the living host. predator kill for food

Betulkan konsep anda

Wednesday, October 28, 2009

stomata

pada satu hari.............hari eksperimen

kelas biologi form 4 ader eksperimen untuk melihat kelibat stomata pada daun pokok...
kebetulan hari tu aku sapu bersih tuk biologi shj...jd ade la dlm 3,4 eksperimen skaligus aku buat....antaranya:
1. effect light intensity to rate of photosynthesis
2. melihat kehadiran stoma pada daun pokok

- yang beznyer.....2 eksperimen tu ada kaitan sket.....iaitu penggunaan pokok hydrylla
- aku suh bbdak tengok stoma pada daun tp budak tak nampak.....(mmg dorang spesies yang tak pandai adjust mikroskop pun)
- lepas aku adjust, nampakla tompok kecik- stoma la tu....
puasla bbdak tengok ...dorang ckp xnampak...-masa dorg tengok, tgn tu ade je mmemusing smpai kabur penglihatan
-aku adjust lg.....byk gak daun yg dorang amek.....ader yang jelas stomanya....tambah lg klu kita amek selapisan daun. kalau tebal, kurang jelas
sampai aku pun asyik gak menengok stomata....siap aku suh budak kira lagi stoma yang tak terkira tu.....
-sedangku melihat ttiba ada sorang budak bertanya...."cgu ada nampak ka stoma kat daun hydrilla?'
-tanpa ragu2 aku jawab nmpak jer...tp dorg tsengih2 dgr jwpnku
-lama kmudian lpas aku tgk2 buku rujukan, bru ku tahu knapa bbdk tu tsengih2

Ada pernyataan dalam eksperimen tersebut: daun yang tenggelam dalam air seperti hydrilla tidak mempunyai stomata.
owh.....

Thursday, October 8, 2009

TIPS UNTUK MENJAWAB KERTAS 2 SAINS SPM

11 Aspek Kemahiran Saintifik yang diuji



  • Memerhati

  • Mengelas

  • Mengukur dan menggunakan nombor

  • Membuat inferens

  • Meramal

  • Berkomunikasi

  • Menggunakan perhubungan ruang dan masa

  • Mentafsirkan data

  • Mendefinisikan secara operasi

  • Mengawal pemboleh ubah

  • Membuat hipotesis

Tuesday, October 6, 2009

THE REGULATORY MECHANISM IN RESPIRATION

Practice 7.4

1. Kenapa peningkatan karbon dioksida menurunkan nilai pH dalam darah?
- Kerana karbon dioksida melarut dalam air membentuk asid karbonik. Kemudian asid karbonik akan bercerai membentuk ion hydrogen dan ion bikarbonat
- Kehadiran ion hydrogen yang banyak menyebabkan penurunan nilai pH

2. Terangkan perubahan kadar respirasi semasa aktiviti cergas
- Sms aktiviti cergas lebih byk glukos dioksidakan – untuk mmbbskan lebih tenaga- untuk pengecutan otot lebih cepat
- Kadar respirasi meningkat – meningkatkan paras carbon dioksida dlm drh
- Aras pH turun – merangsang pusat pernfsn di dalam medulla oblongata
- Lebih byk impuls saraf dihantar ke otot interkosta & diafragma – untuk meningkatkan kadar pernfsn & ventilasi – untuk menyingkirkan karbon dioksida dgn lebih cepat
- Peningktn paras CO2 & Pengurangan paras O2 – juga menyebbkan peningkatan kadar denyutan jantung
- Jantung mengepam laju – untuk meningkatkan peredaran darah
- Lebih byk O2 & glukosa diangkut dengan cepat ke otot – respirasi sel berlaku dengan cepat - CO2 yg terhsil disingkir dgn lebih cepat.

3. Bagaimana badan bert/b dgn perubahan [O2] dalam drh?
- Kemoreseptor periferi(KP) – peka terhadap perubahan kandungan O2 dlm drh
- Penurunan [O2] sms aktiviti cergas akan merangsang KP untuk menjana impuls saraf yg akan dihantar ke Pusat Kawalan Pernafasan(PKP) dalam medulla oblongata
- PKP bertindak – menghantar impuls ke otot respirasi ( otot diafragma & otot interkosta)
- Pengecutan & pengenduran otot ini akan lebih cepat.
- Kadar pernfsn & kadar ventilasi akan meningkat.
- Impuls juga dihantar ke jantung menyebabkan:
i. Kadar denyutan jantung meningkat
ii. O2 dan glukosa dibawa lebih cepat
iii. Peredaran darah cepat
iv. Membantu penyingkiran CO2 yang terbentuk semasa respirasi sel dgn lebih cepat.

Monday, October 5, 2009

PENGKELASAN TUMBUHAN

KULAT/ FUNGI/ MYCETAE
- Mikologi (greek i mykes=kulat ; logos=ilmu)
- Mycologist – ahli mikologi

CIRI-CIRI
· Sel eukariot (multisel / unisel)
· Tiada klorofil (heterotrofik) – saprofit (pengurai) atau parasit.
· Mempunyai dinding sel – selulos (tumbuhan) @ kitin (haiwan)
· Jasad terdiri daripada struktur seperti filamen yang nipis yang dipanggil hifa (berwarna putih @ jernih)
· Hifa yang bercabang @ bercantum & menggumpal membentuk miselium/ miselia
· Miselium yang tersusun padat membentuk cendawan & jasad buah (fruiting bodies)
· Setengah hifa mempunyai sel tunggal yang mana nukleusnya bertaburan sementara setengah hifa terdiri daripada beberapa sel yang dihubungkan melalui septa/septum (dinding melintang),biasanya bernukleus tunggal
· Makanan simpanan (karbohidrat) – glikogen (ciri sel haiwan)
· Pembiakan :
o Tanpa seks – melibatkan penghasilan spora
o Seks – penghasilan struktur gametangium (ciri pengkelasan)
· Sesetengah daripada hifa sinositik (tidak berseptum)
· Sesetengah daripada hifa berseptum

PENGKELASAN
Alam : fungi
Divisi : mycota
Subdivisi :
1. myxomycotina (myxomycota - kulat lendir)
2. Eumycotina (eumycota - kulat jati)

Kelas :
1. oomycetes (kulat telur /air)
2. zycomycetes (kulat roti /kulat zigot)
3.ascomycetes (kulat kantung)
4.basidiomycetes (cendawan dsb)
5. deuteromycetes (kulat tidak sempurna)

Kulat tidak sempurna :

- ketiadaan struktur pembiakan (struktur pembiakan tidak sempurna)
- Pembiakan secara aseks (pembentukan konidium)
- cth : Penicillium chrysogenum, P.griseofulvum (griseofulvin-antibiotik untuk cacing)

KELAS MYXOMYCETES
- Ahli kumpulan ini mempunyai struktur yang ringkas & menunjukkan sifat tumbuhan & juga sifat haiwan. Oleh itu terjadi perselisihan faham tentang kedudukannya di dalam pengelasan organisma hidup.

Ciri-ciri kulat lendir
· Tiada klorofil
· Mendapatkan makanan dalam bentuk organik
· Bentuknya menyerupai haiwan – proses pemakanan & pergerakan & binaannya
· Binaan jasad pembuahannya seperti :

  • septa – dinding melintang
  • hifa →miselium→jasad buah
  • alga biru hijau mengikat nitrogen : anabaena, nostok

Alga
· Tidak bervaskular
· Berfotosintesis
· Satu sel, koloni/filament
· Pengkelasan dibuat mengikut system ciptaan
· Terdapat 25000 spesis telah dikenal pasti
· Tidak mempunyai organ khusus untuk penyerapan nutrient
· Tidak mempunyai akar, batang dan daun sebenar
· Penyebaran luas

Pembiakan alga – melalui dua cara

DIVISI CHLOROPHYTA – alga hijau
· Bilangan terbesar 7500 spesis
· Banyak dalam air tawar, ada juga hidup dalam laut dan tanah lembab
· Bersimbiosis dengan kulat membentuk liken
· Alga hijau unisel

  • Boleh bergerak/ tidak bergerak
  • Contoh lain : chlamydomonas – mempunyai flagella untuk bergerak
  • Kloroplas bersaiz besar, stigma dan pirenoid
  • Pembiakan secara aseks / seks juga berlaku
  • Strain berlainan bercantum da dinding sel melarut
  • Persenyawaan akan membentuk zigot diploid (2n)
  • Dinding zigot tebal tahan kepada haba contoh: alga hijau unisel tidak bergerak (nonmotile) ialah tetracystis menghasilkan 200 spora

Alga hijau berkoloni
· Contoh volvox
· Membiak secara seks/ aseks
· Aseks – sel membesar dan kemudian membahagi menghasil sel anak
· Seks – secara oogamus
· Sel membesar menjadi oogamet
· Gamet jantan datang dari koloni yang sama/ berlainan
· Koloni mungkin biseks / uniseks
· Zigot terbentuk selepas persenyawaan, dorman dan kemudian bermeiosis membebas zoospora (haploid)
· Contoh alga hijau koloni yang lain: Hydrodictyon

Alga hijau berfilamen
· Mikroskopik
· Bercabang/ mungkin tidak
· Bercabang selalunya senosit, tidak bercabang ada satu nukleus

PENGKELASAN DIVISI-DIVISI ALGA
Divisi : Chlorophyta (alga hijau)
habitat : Selalunya air tawar, Sedikit di marin, darat/udara
Pigmen fotosintesis : Klorofil a & b, karetonoid

Divisi : Phacophyta (alga perang)

Divisi : Rodophyta - kelas rhodophyceaea (alga merah)

Alga eukariot
Habitat : Akuatik (kebanyakannya air masin)
Pigmen : Klorofil a&d, biliprotein(fikoeriktin& fikosianin), karotein( α & β), lutein, zeaxantin.
Makanan simpanan :
-Kanji floridean ( kanji yang tidak larut)
-iodin = warna merah (secara kimia, ia sama dengan amilopektin dalam tumbuhan tinggi)
Komponen dinding sel : Selulos, hemiselulos (selain glukos), polisakarida bersulfat
Pembiakan : Seks dan aseks (oogami)
- Jantan-spermatium (nama khusus dalam rhodophyta), anteridium
- Betina-karpogonium, oogonium
Bentuk pertumbuhan :
- Unisel, berfilamen & pseudoparenchymatous
- Dinding melintangnya mempunyai liang/pit untuk hubungan antara sitoplasma sel sebelahan
Flagela : Tiada

Musilage yang terhasil daripada alga merah ialah agar & carrageenan (sebut betul2....aku suka sebut ni.... :-)

Divisi Rhodophyta ada satu kelas & 2 subkelas iaitu :

  • Bangiophycidae
  • florideophycidae

BANGIOPHYCIDAE
Bentuk :

  • Unisel (porphyridium) - Ada pirenoid
  • Bentuk filamen (Goniotrichum) - Tiada pirenoid
  • Berparenkima (porphyra)

Nukleus & kloroplas : Tunggal
Ada 3 order iaitu :

  • Porphyridiales
  • Goniotrichales
  • Bangiales

Pembiakan : Unisel - Pembahagian secara vegetatif
multisel -Secara aseks atau seks
Pembiakan :
Aseks - Secara penghasilan monospora yang terhasil dengan mudah (pembahagian ringkas sel vegetatif) dari permukaan atau bahagi margin talus.

Seks
- Hanya diketahui dalam beberapa spesis
- Dalam porphyra, gamet ♂&♀ terhasil dari sel vegetatif yang tunggal
- Anteridium(spermatium) terbentuk daripada pembahagian sel yang berulang kepada 64 atau 128 bahagian yang setiap satu menghasilkan spermatium
- Oogonium (karpogonium) terhasil dari pembesaran sel tungga, tiada pembahagian sel yang berlaku & hanya sel telur yang tunggal hadir
- Persenyawaan berlaku dengan cara spermatium menghampiri karpogonium &melisiskan dinding karpogonium
- Zigot yang terhasil membahagi & membebaskan karpospora yang akan menjadi seperti amoeba sebelum menghasilkan dinding sel & seterusnya membentuk tumbuhan baru

FLORIDEOPHYCIDAE
· Subkelas yang lebih maju
· Semua talusnya berfilamen daripada jenis pseudoperenkima
· Perhubungan sitoplasma melalui pit
Ada 6 order iaitu :

  • Nemalionales
  • Gelidiales
  • Crytonemales
  • Gigartinales
  • Rhodymaniales
  • Ceramiales

· Kebanyakan order mempunyai 2 peringkat diploid (karposporafit & tetrasporafit) yang berselangan dengan peringkat gametofit haploid. Pengkelasan kepada order bergantung kepada kehadiran sel pembantu sama ada sebelum atau selepas penyatuan gamet

Pembiakan :
Aseks :-
Pembahagian sel secara mitosis menghasilkan spora yang tidak motil. Jenis spora ada empat :
Monospora : bentuk sama, tunggal dalam monosporangia (tidak dibezakan dengan sel vegetatif)
Spora neutral : spora yang terhasil terus dari sel vegetatif
-kedua-dua ini ciri bangioideae
Karpospora : terbentuk terus dar pembahagian sel zigot atau secara tidak langsung dari k
-bispora, tetraspora atau polispora dari tetrasporangium

POLYSIPHONIA (genus)
· Tumbuhan yang melekat pada batu atau benda lain dalam laut
· Talusnya yang bercabang seperti pohon. Cabangnya berbentuk seperti siphon
· Tidak menjalani pembiakan tanpa seks. Filamennya memanjang melalui pembahagian sel
· Bersifat diesius – ada gametofit ♂&♀
· gametofit ♂ menghasilkan spermatogonium yang bersifat hialin & bertangkai. Bila matang ia melepaskan spermatium. Spermatium tidak bergerak. Pergerakannya hanya mengikut air.
· gametofit ♀ menghasilkan karpogonium yang mempunyai empat sel. Sel yang dihujung adalah panjang dan menjulur keluar. Ini dipanggil trikogen.
· Nukleus spermatium bersenyawa dengan nukleus karpogonium dan menghasilkan zigot(2n)
· Zigot mengalami mitosis dan membentuk karpospora (2n) di dalam sistokarpa
· Sistokarpa dilindungi oleh dinding (perikarpa)
· Karpospora keluar dan bercambah membentuk sporofit (2n)/ tetrasporofit (morfologinya = gametofit)
· Tetrasporofit menghasilkan tetrasporangium. Tetrasporangium yang matang akan menghasilkan 4 tetraspora (n) setelah meiosis
· Tetraspora akan bercambah membentuk gametofit
· Kitar hidup Polysphonia dikatakan diploboin (2 fasa) fasa gametofit (n) dan fasa sporofit (2n)

PAKU PAKIS
Tumbuhan kriptogram (tidak menghasilkan bunga) bervaskular

Tumbuhan mirip paku pakis paku pakis sejati :
* D.psilotophyta (Sprorangium agregat)

ciri-ciri
· Tiada pembahagian akar, batang, daun
· Tiada daun
· Batang berupa cabang udara warna hijau untuk fotosintesis
· Sporangium dalam bentuk sinangium (tunggal)

Cth: Psilonum

* D.lyophyta/ microphyllophyta (Sporangium agregat)

ciri-ciri
· Pembahagian tidak jelas
· Daun microfil (satu vena)
· Daun mikrofil hijau untuk fotosintesis
· Sporangium dalam strobilus
Cth: 2 genus – selaginella & lycopodium

* D.calamophyta/ sphenophyta (Sporangium agregat)
ciri-ciri
· Pembahagian tidak jelas
· Daun tiada
· Batang hijau untuk fotosintesis
· Sporangium dalam spika (spike)
Cth: equisetum

* D.pteridophyta/ Filicophyta (Paling primitif)

ciri-ciri
· Jelas dibezakan akar, batang dan daun.
· Daun makrofil & berbagai
· Batang berbagai, ada yang menyerupai tumbuhan tinggi
· Sporangium dalam sorus yang berbagai.
Cth: adiantum dll


EUTROPHICATION


  • Occurs - an abundant supply of fertilizers or sewage - in lake, pond, rivers
  • Terjadi disebabkan lebihan baja atau kumbahan di dalam tasik, kolam dan sungai
  • Fertilizer & sewage – contain high nitrate & phosphate
  • Baja dan kumbahan mengandungi kandungan nitrat dan fosfat yang tinggi
  • Promote rapid growth of algae & subsequently a rapid increase in the population of algae
  • Menyebabkan pertumbuhan alga dengan cepat dan meningkatkan popuplasi alga
  • Langkah-langkah berikut adalah rentetan yang menyebabkan Eutrophication dan seterusnya meningkatkan BOD di dalam sesebuah kolam atau sungai:
  1. algae bloom

  2. cover the surface

  3. prevent sunlights

  4. plants in the water die

  5. aerobic bacteria ↑ (decompose the dead plant)

  6. reduce oxygen in water

  7. aquatic organism die

    · the rapid growth of algae
    · process decomposition by bacteria increased BOD

  • BOD
    - amount of oxygen taken up by the microorganism (bacteria & algae)
    - use to measure the level of water pollution
    - ↑ BOD → ↑ microorganism → ↑ level pollution

  • Peningkatan BOD menunjukkan kehadiran mikrob yang banyak. Kehadiran mikrob yang banyak menunjukkan level pencemaran adalah tinggi

contoh alga : Hydrilla sp.



Peningkatan Hydrilla di dalam sungai pada mulanya membekalkan oksigen kepada hidupan. Apabila bilangan populasi Hydrilla yang banyak akan menyebabkan kandungan oksigen semakin kurang. kenapa?

Hydrilla yang mati perlu diuraikan oleh bakteria. Penguraian bakteria adalah proses aerob (memerlukan oksigen). semakin banyak Hydrilla yang perlu diuraikan semakin banyak mikroorganisma yang hadir untuk menguraikan Hydrilla. Peningkatan mikrob menyebabkan oksigen yang digunakan oleh mikrob juga banyak.

So........ikan akan mati sebab oksigen dah xde

Dari kerana mata

  • Gerakan mata orang kidal adalah berbeza dengan mereka yang tidak kidal
  • Anak mata bergerak turun naik menandakan dia sedang membayangkan sesuatu
  • Anak mata bergerak ke kiri-kanan bermakna seseorang itu sedang memikirkan perkara yang akan dilakukannya selepas ini
  • Lurus ke kanan pula bererti dia sedang mengingati suara atau ucapan yang baru didengarinya
  • Kanan-bawah menandakan dia sedang bercakap di dalam hati
  • Kiri-bawah bererti dia sedang merasai atau menghidu sesuatu

Sunday, October 4, 2009

Tauhu banyak khasiat.

i like tauhu.

  • Kandungan protein karbohidrat 1.6%
  • Kandungan lemak 4.6 %
  • Kandungan protein 8-12%
  • Setiap 100gm mengandungi tidak kurang dari 146 mg kalsium

Hidangan 227 gm membekalkan

  • 11.5 gm protein yang boleh digunakan terus oleh badan
  • Bersamaan 92.2 gm hidangan stik atau 156.1 gm burger
  • Sama seperti mengambil sebanyak 38% keperluan kalsium untuk tubuh dalam sehari
    Mengandungi lemak tak tepu dan tanpa kolesterol
  • Sumber zat besi yang baik selain kalium, natrium, vitamin B dan E