Practice 7.4
1. Kenapa peningkatan karbon dioksida menurunkan nilai pH dalam darah?
- Kerana karbon dioksida melarut dalam air membentuk asid karbonik. Kemudian asid karbonik akan bercerai membentuk ion hydrogen dan ion bikarbonat
- Kehadiran ion hydrogen yang banyak menyebabkan penurunan nilai pH
2. Terangkan perubahan kadar respirasi semasa aktiviti cergas
- Sms aktiviti cergas lebih byk glukos dioksidakan – untuk mmbbskan lebih tenaga- untuk pengecutan otot lebih cepat
- Kadar respirasi meningkat – meningkatkan paras carbon dioksida dlm drh
- Aras pH turun – merangsang pusat pernfsn di dalam medulla oblongata
- Lebih byk impuls saraf dihantar ke otot interkosta & diafragma – untuk meningkatkan kadar pernfsn & ventilasi – untuk menyingkirkan karbon dioksida dgn lebih cepat
- Peningktn paras CO2 & Pengurangan paras O2 – juga menyebbkan peningkatan kadar denyutan jantung
- Jantung mengepam laju – untuk meningkatkan peredaran darah
- Lebih byk O2 & glukosa diangkut dengan cepat ke otot – respirasi sel berlaku dengan cepat - CO2 yg terhsil disingkir dgn lebih cepat.
3. Bagaimana badan bert/b dgn perubahan [O2] dalam drh?
- Kemoreseptor periferi(KP) – peka terhadap perubahan kandungan O2 dlm drh
- Penurunan [O2] sms aktiviti cergas akan merangsang KP untuk menjana impuls saraf yg akan dihantar ke Pusat Kawalan Pernafasan(PKP) dalam medulla oblongata
- PKP bertindak – menghantar impuls ke otot respirasi ( otot diafragma & otot interkosta)
- Pengecutan & pengenduran otot ini akan lebih cepat.
- Kadar pernfsn & kadar ventilasi akan meningkat.
- Impuls juga dihantar ke jantung menyebabkan:
i. Kadar denyutan jantung meningkat
ii. O2 dan glukosa dibawa lebih cepat
iii. Peredaran darah cepat
iv. Membantu penyingkiran CO2 yang terbentuk semasa respirasi sel dgn lebih cepat.
No comments:
Post a Comment