Monday, October 5, 2009

PENGKELASAN TUMBUHAN

KULAT/ FUNGI/ MYCETAE
- Mikologi (greek i mykes=kulat ; logos=ilmu)
- Mycologist – ahli mikologi

CIRI-CIRI
· Sel eukariot (multisel / unisel)
· Tiada klorofil (heterotrofik) – saprofit (pengurai) atau parasit.
· Mempunyai dinding sel – selulos (tumbuhan) @ kitin (haiwan)
· Jasad terdiri daripada struktur seperti filamen yang nipis yang dipanggil hifa (berwarna putih @ jernih)
· Hifa yang bercabang @ bercantum & menggumpal membentuk miselium/ miselia
· Miselium yang tersusun padat membentuk cendawan & jasad buah (fruiting bodies)
· Setengah hifa mempunyai sel tunggal yang mana nukleusnya bertaburan sementara setengah hifa terdiri daripada beberapa sel yang dihubungkan melalui septa/septum (dinding melintang),biasanya bernukleus tunggal
· Makanan simpanan (karbohidrat) – glikogen (ciri sel haiwan)
· Pembiakan :
o Tanpa seks – melibatkan penghasilan spora
o Seks – penghasilan struktur gametangium (ciri pengkelasan)
· Sesetengah daripada hifa sinositik (tidak berseptum)
· Sesetengah daripada hifa berseptum

PENGKELASAN
Alam : fungi
Divisi : mycota
Subdivisi :
1. myxomycotina (myxomycota - kulat lendir)
2. Eumycotina (eumycota - kulat jati)

Kelas :
1. oomycetes (kulat telur /air)
2. zycomycetes (kulat roti /kulat zigot)
3.ascomycetes (kulat kantung)
4.basidiomycetes (cendawan dsb)
5. deuteromycetes (kulat tidak sempurna)

Kulat tidak sempurna :

- ketiadaan struktur pembiakan (struktur pembiakan tidak sempurna)
- Pembiakan secara aseks (pembentukan konidium)
- cth : Penicillium chrysogenum, P.griseofulvum (griseofulvin-antibiotik untuk cacing)

KELAS MYXOMYCETES
- Ahli kumpulan ini mempunyai struktur yang ringkas & menunjukkan sifat tumbuhan & juga sifat haiwan. Oleh itu terjadi perselisihan faham tentang kedudukannya di dalam pengelasan organisma hidup.

Ciri-ciri kulat lendir
· Tiada klorofil
· Mendapatkan makanan dalam bentuk organik
· Bentuknya menyerupai haiwan – proses pemakanan & pergerakan & binaannya
· Binaan jasad pembuahannya seperti :

  • septa – dinding melintang
  • hifa →miselium→jasad buah
  • alga biru hijau mengikat nitrogen : anabaena, nostok

Alga
· Tidak bervaskular
· Berfotosintesis
· Satu sel, koloni/filament
· Pengkelasan dibuat mengikut system ciptaan
· Terdapat 25000 spesis telah dikenal pasti
· Tidak mempunyai organ khusus untuk penyerapan nutrient
· Tidak mempunyai akar, batang dan daun sebenar
· Penyebaran luas

Pembiakan alga – melalui dua cara

DIVISI CHLOROPHYTA – alga hijau
· Bilangan terbesar 7500 spesis
· Banyak dalam air tawar, ada juga hidup dalam laut dan tanah lembab
· Bersimbiosis dengan kulat membentuk liken
· Alga hijau unisel

  • Boleh bergerak/ tidak bergerak
  • Contoh lain : chlamydomonas – mempunyai flagella untuk bergerak
  • Kloroplas bersaiz besar, stigma dan pirenoid
  • Pembiakan secara aseks / seks juga berlaku
  • Strain berlainan bercantum da dinding sel melarut
  • Persenyawaan akan membentuk zigot diploid (2n)
  • Dinding zigot tebal tahan kepada haba contoh: alga hijau unisel tidak bergerak (nonmotile) ialah tetracystis menghasilkan 200 spora

Alga hijau berkoloni
· Contoh volvox
· Membiak secara seks/ aseks
· Aseks – sel membesar dan kemudian membahagi menghasil sel anak
· Seks – secara oogamus
· Sel membesar menjadi oogamet
· Gamet jantan datang dari koloni yang sama/ berlainan
· Koloni mungkin biseks / uniseks
· Zigot terbentuk selepas persenyawaan, dorman dan kemudian bermeiosis membebas zoospora (haploid)
· Contoh alga hijau koloni yang lain: Hydrodictyon

Alga hijau berfilamen
· Mikroskopik
· Bercabang/ mungkin tidak
· Bercabang selalunya senosit, tidak bercabang ada satu nukleus

PENGKELASAN DIVISI-DIVISI ALGA
Divisi : Chlorophyta (alga hijau)
habitat : Selalunya air tawar, Sedikit di marin, darat/udara
Pigmen fotosintesis : Klorofil a & b, karetonoid

Divisi : Phacophyta (alga perang)

Divisi : Rodophyta - kelas rhodophyceaea (alga merah)

Alga eukariot
Habitat : Akuatik (kebanyakannya air masin)
Pigmen : Klorofil a&d, biliprotein(fikoeriktin& fikosianin), karotein( α & β), lutein, zeaxantin.
Makanan simpanan :
-Kanji floridean ( kanji yang tidak larut)
-iodin = warna merah (secara kimia, ia sama dengan amilopektin dalam tumbuhan tinggi)
Komponen dinding sel : Selulos, hemiselulos (selain glukos), polisakarida bersulfat
Pembiakan : Seks dan aseks (oogami)
- Jantan-spermatium (nama khusus dalam rhodophyta), anteridium
- Betina-karpogonium, oogonium
Bentuk pertumbuhan :
- Unisel, berfilamen & pseudoparenchymatous
- Dinding melintangnya mempunyai liang/pit untuk hubungan antara sitoplasma sel sebelahan
Flagela : Tiada

Musilage yang terhasil daripada alga merah ialah agar & carrageenan (sebut betul2....aku suka sebut ni.... :-)

Divisi Rhodophyta ada satu kelas & 2 subkelas iaitu :

  • Bangiophycidae
  • florideophycidae

BANGIOPHYCIDAE
Bentuk :

  • Unisel (porphyridium) - Ada pirenoid
  • Bentuk filamen (Goniotrichum) - Tiada pirenoid
  • Berparenkima (porphyra)

Nukleus & kloroplas : Tunggal
Ada 3 order iaitu :

  • Porphyridiales
  • Goniotrichales
  • Bangiales

Pembiakan : Unisel - Pembahagian secara vegetatif
multisel -Secara aseks atau seks
Pembiakan :
Aseks - Secara penghasilan monospora yang terhasil dengan mudah (pembahagian ringkas sel vegetatif) dari permukaan atau bahagi margin talus.

Seks
- Hanya diketahui dalam beberapa spesis
- Dalam porphyra, gamet ♂&♀ terhasil dari sel vegetatif yang tunggal
- Anteridium(spermatium) terbentuk daripada pembahagian sel yang berulang kepada 64 atau 128 bahagian yang setiap satu menghasilkan spermatium
- Oogonium (karpogonium) terhasil dari pembesaran sel tungga, tiada pembahagian sel yang berlaku & hanya sel telur yang tunggal hadir
- Persenyawaan berlaku dengan cara spermatium menghampiri karpogonium &melisiskan dinding karpogonium
- Zigot yang terhasil membahagi & membebaskan karpospora yang akan menjadi seperti amoeba sebelum menghasilkan dinding sel & seterusnya membentuk tumbuhan baru

FLORIDEOPHYCIDAE
· Subkelas yang lebih maju
· Semua talusnya berfilamen daripada jenis pseudoperenkima
· Perhubungan sitoplasma melalui pit
Ada 6 order iaitu :

  • Nemalionales
  • Gelidiales
  • Crytonemales
  • Gigartinales
  • Rhodymaniales
  • Ceramiales

· Kebanyakan order mempunyai 2 peringkat diploid (karposporafit & tetrasporafit) yang berselangan dengan peringkat gametofit haploid. Pengkelasan kepada order bergantung kepada kehadiran sel pembantu sama ada sebelum atau selepas penyatuan gamet

Pembiakan :
Aseks :-
Pembahagian sel secara mitosis menghasilkan spora yang tidak motil. Jenis spora ada empat :
Monospora : bentuk sama, tunggal dalam monosporangia (tidak dibezakan dengan sel vegetatif)
Spora neutral : spora yang terhasil terus dari sel vegetatif
-kedua-dua ini ciri bangioideae
Karpospora : terbentuk terus dar pembahagian sel zigot atau secara tidak langsung dari k
-bispora, tetraspora atau polispora dari tetrasporangium

POLYSIPHONIA (genus)
· Tumbuhan yang melekat pada batu atau benda lain dalam laut
· Talusnya yang bercabang seperti pohon. Cabangnya berbentuk seperti siphon
· Tidak menjalani pembiakan tanpa seks. Filamennya memanjang melalui pembahagian sel
· Bersifat diesius – ada gametofit ♂&♀
· gametofit ♂ menghasilkan spermatogonium yang bersifat hialin & bertangkai. Bila matang ia melepaskan spermatium. Spermatium tidak bergerak. Pergerakannya hanya mengikut air.
· gametofit ♀ menghasilkan karpogonium yang mempunyai empat sel. Sel yang dihujung adalah panjang dan menjulur keluar. Ini dipanggil trikogen.
· Nukleus spermatium bersenyawa dengan nukleus karpogonium dan menghasilkan zigot(2n)
· Zigot mengalami mitosis dan membentuk karpospora (2n) di dalam sistokarpa
· Sistokarpa dilindungi oleh dinding (perikarpa)
· Karpospora keluar dan bercambah membentuk sporofit (2n)/ tetrasporofit (morfologinya = gametofit)
· Tetrasporofit menghasilkan tetrasporangium. Tetrasporangium yang matang akan menghasilkan 4 tetraspora (n) setelah meiosis
· Tetraspora akan bercambah membentuk gametofit
· Kitar hidup Polysphonia dikatakan diploboin (2 fasa) fasa gametofit (n) dan fasa sporofit (2n)

PAKU PAKIS
Tumbuhan kriptogram (tidak menghasilkan bunga) bervaskular

Tumbuhan mirip paku pakis paku pakis sejati :
* D.psilotophyta (Sprorangium agregat)

ciri-ciri
· Tiada pembahagian akar, batang, daun
· Tiada daun
· Batang berupa cabang udara warna hijau untuk fotosintesis
· Sporangium dalam bentuk sinangium (tunggal)

Cth: Psilonum

* D.lyophyta/ microphyllophyta (Sporangium agregat)

ciri-ciri
· Pembahagian tidak jelas
· Daun microfil (satu vena)
· Daun mikrofil hijau untuk fotosintesis
· Sporangium dalam strobilus
Cth: 2 genus – selaginella & lycopodium

* D.calamophyta/ sphenophyta (Sporangium agregat)
ciri-ciri
· Pembahagian tidak jelas
· Daun tiada
· Batang hijau untuk fotosintesis
· Sporangium dalam spika (spike)
Cth: equisetum

* D.pteridophyta/ Filicophyta (Paling primitif)

ciri-ciri
· Jelas dibezakan akar, batang dan daun.
· Daun makrofil & berbagai
· Batang berbagai, ada yang menyerupai tumbuhan tinggi
· Sporangium dalam sorus yang berbagai.
Cth: adiantum dll


No comments:

Post a Comment