Wednesday, May 4, 2011

Bila muridmu bertanya

Kenapa cikgu boleh
Saya tidak boleh
Kenapa cikgu boleh bawa telefon bimbit
Kenapa cikgu boleh bawa kereta
Saya tidak boleh
Sekarang zaman teknologi
Masa bergerak pantas
Saya ingin bergerak seiring masa
Jika saya tidak sempat
Maka saya akan ketinggalan zaman selamanya
Jangan kata saya tiada apa yang cikgu ada
Bahkan saya ada segalanya
Malah lebih dari yang cikgu ada
Anak muridku,
Cikgu tahu…
Apa yang keluargamu ada
Cikgu tahu….
Kamu ada masa muda
Dan kamu juga perlu tahu
Cikgu ada pengalaman yang berharga
kamu adalah pelajar
dan sedang belajar
apa yang ingin dan perlu kamu cari
adalah ilmu
kamu tahukah konsep menuntut ilmu?
Jika tidak…
Cuba kamu fikirkan ini
“ilmu itu ibarat air yang mengalir…..
Tadahlah ia dengan hati yang merendah”
Maka,
Kami sebagai gurumu
Sedang menyediakan diri kalian
Dalam medium yang sesuai
agar ilmu yang berguna ini
Akan mudah mengalir ke dalam dirimu
Insyaallah ….dengan ilmu
Kamu akan bergerak seiring dengan masa
Kerana ilmu yang kau dapat itulah
Menjadikan Masamu begitu berkat dan berharga….

No comments:

Post a Comment