Wednesday, May 4, 2011

Kenapa tak buat eksperimen?

Suatu hari yang indah. saya sedang berehat selepas masuk ke kelas dengan 5 masa sederet. Ambil masa ni untuk berehat sekejap dari memikirkan hal2 yang menyerabutkan. Tiba2 di layar ruang berehat bilik guru, masuk sekumpulan pelajar dan beberapa orang guru. Seorang pelajar masuk dengan menenyeh mata berkali2 sambil siguru memarahinya supaya berhenti menenyeh mata. Dia menyuruh pelajar tersebut membasuh mata dengan air beberapa kali. Kemudian ku lihat matanya merah. Apasal la pulak budak nih?
Dan soal selidik pun bermula bertubi2 pada pelajar lain.
“siapa yang buka tin thinner ? siapa yang keluarkan tin tu dari bengkel? Macam mana tin tu boleh berada diluar bengkel? Cgu dah pesan jgn guna thinner. Hari ni guna cat sahaja….kenapa ada juga yang memandai buka? Yang kamu pun dah tahu pegang benda berbahaya kenapa letak thinner dalam mata? Kamu mau ke kalau mata jadi buta? Yang penting cgu nak tau sapa yang buka thinner tu? Kalau tak ada yang mengaku, lepas ni kita takkan teruskan lagi kerje bengkel kamu….”

Hmm…naluri ingin tahu dan ingin mencuba seorang pelajar selalu mengundang bahaya bukan hanya pada diri sendiri tapi juga pada rakan2, dan orang lain yang di sekeliling mereka. Sifat ini memang terserlah dalam pelajar menengah rendah. Dalam sifat ingin tahu itu juga terselit satu sifat lain yang agak merbahaya iaitu tidak peka pada arahan dan tidak memikirkan soal keselamatan. Ye…itu sebab ada eksperimen yang Nampak macam mudah tapi memang bukan senang untuk dilaksanakan. Contohnya : Kalau eksperimen yang melibatkan larutan,  pelajar biasanya akan mencampurkan semua larutan ikut sesedap rasa sebaik sahaja cgu memandang ke arah lain.
saya juga ada tragedy tentang eksperimen pemanasan. sebagai langkah keselamatan, hanya 1 penunu Bunsen yang disediakan itupun berada di hadapan cgu. Setiap kali pemanasan, pelajar akan datang ke hadapan dan buat pemanasan dalam pemerhatian cgu. Dengan arahan yang jelas : pegang hujung 2 rod dan panaskan, kenal pasti rod manakah yang akan panas terlebih dahulu.
“antara logam dan bukan logam, yang mana lebih cepat panas ?” cgu menyoal pada pelajar tersebut selepas pununu Bunsen dipadamkan.  baru habis soaln dia terus memegang bahagian hujung rod yang dipanaskan, bukan pada bahagian pemegang.

No comments:

Post a Comment