Wednesday, February 9, 2011

appreciate our kidney

Semalam adikku bertanya spontan


”kak....apa maksudnya bila orang pergi cuci buah pinggang?”

”mana ada cuci buah pinggang....cuci darahlah....”

”macam mana dorang cuci darah....kenapa kena cuci darah?”

”sebab ginjal dah rosak...tugas ginjal ialah mencuci darah....darah dialirkan masuk ke ginjal melalui renal arteri...bahan kumuh dalam darah akan diasingkan oleh nefron yang terdapat dalam ginjal melalui 3 peringkat.

  • Ultrafiltration (tapisan),
  • reabsorption (penyerapan semula)
  • secretion(perembesan).
Ada berjuta2 nefron dalam ginjal yang bertugas 24jam tau….. sebab tu kalau ginjal rosak, bahagian yang bekerja 24jam tu dah takde. Susahlah kita….sebab tu kita kena tau fungsi dalam badan supaya kita akan lebih menghargainya dan menjadi hamba Allah yang akan sentiasa bersyukur.



Proses2 yang terlibat di ginjal................

The ultrafiltration process
P1 - Blood is under relatively high pressure when it reaches the nephron.
P2 The high blood pressure in the glomerulus, forces fluid to filter through the filtration membrane into the lumen of Bowman’s capsule
P3 - forming glomerular filtrate;
P4 - contains water, glucose, amino acids, urea, mineral salts and other small molecules

The reabsorption process
P5 - The glomerular filtrate will flow into proximal convoluted tubule
P6- selective reabsorption occurs; all the glucose, amino acids, vitamins and many inorganic ions are reabsorbed back into the blood
P7- by active and passive transport
P8- forming a relatively high solute concentration in the peritubular capillaries
P9 - thus a large volume of water is reabsorbed into the blood by osmosis and
P10- increase the concentration of urea in the convoluted Tubule
P11- glomerular filtrate then flow into loop of henle and distal convoluted tubule
P12- more water and minerals being reabsorbed back into the blood

The secretion process
P13 -takes place in the distal convoluted tubule
P14 -urea/toxins/certain drugs / hydrogen ions/potassium ions/ammonia being secreted by passive diffusion and active transport from the blood capillary into the distal convoluted tubule
P15- the filtrate reaches the collecting duct ; nowcalled urine
P16 -flows down the ureter, the bladder and the urethra and is finally excreted

Nak terang sambil cakap2 je susah gak. Tengok video tau la.....

Sunday, January 30, 2011

i want to eat? i dont want?

I’m just thinking......
Can I eat this? This is a food or a chemical sample for our next experiment à salt

This colour combination …..the blue one…blue…..any blue colour is indicator for appearance of copper ion

The purple colour…….there should be ion manganate in there…….

Yellow……I remember it is colour for bromine gas

OMG….red, green, indigo….there must be an addition of luna pigmen

Hmm….my chemistry sense block my mind to eat this…(^__^)

Saturday, January 8, 2011

Apa jadi pada impuls saraf bila sampai di sinaps?


Bila impulse saraf dalam bentuk signal elektrik sampai ke sinaps
-          vesikel yang berada di presynaptic akan di stimulate

-          vesikel akan membebaskan neurotransmitter

-          keadaan ini berlaku dengan bantuan tenaga ATP yang dihasilkan oleh mitokondria yang banyak terdapat di situ. Ini dapat memastikan perjalanan impulse saraf adalah sehala……ye la….. Mitokondria Cuma ada di presynaptic tapi takde di postsynaptic.

-          atau, senang cakapla….ini satu contoh pengangkutan aktif – pengangkutan yang memerlukan tenaga

-          neurotransmitter tersebut akan meresap merentasi sinaps. Jadi pemindahan maklumat dari presynaptic melalui synaps adalah dalam bentuk bahan kimia

-          apabila neutrotransmitter sampai ke postsynaptic, maklumat ini akan bertukar ke bentuk impuls saraf semula

-          seterusnya impuls pun akan meneruskan perjalanan dalam neurons hingga sampai ke destinasi…..mana ye? efektor lah

kelajuan impuls setakat ni dalam 120m/s. dalam satu saat impuls boleh sampai ke destinasi sejauh 120 meter! bayangkan semasa kita membaca maklumat tentang impuls saraf ni pun, dah berapa banyak impuls yang tercetus dan sampai ke destinasi yang jauh sbanyak beberapa juta kali....subhanallah

Tuesday, December 21, 2010

putera katak

A frog telephones the Psychic Hotline and is told,

"You are going to meet a beautiful young girl

who will want to know everything about you."

The frog says, "This is great!

Will I meet her at a party, or what?"

"No," says the psychic.

"Next semester in her biology class."

Sunday, December 12, 2010

istilah dalam ekosistem dinamik

Istilah

Maksud

Contoh

spesies

Organisma yang mempunyai sifat yg sama

Populasi

sekumpulan organisma daripada satu spesies yang sama

Komuniti

merujuk kepada haiwan dan tumbuhan yg hidup dalam satu habitat tertentu

Habitat

tempat tinggal suatu organisma

Nic

peranan dan aktiviti sesuatu organisma dalam suatu ekosistem

Ekosistem

satu unit semula jadi yang terdiri daripada tumbuhan dan haiwan yg saling berinteraksi assl

Komponen biosis

komponen hidup dalam ekosistem

Haiwan & tumbuhan

Komponen abiosis

komponen bukan hidup dalam ekosistem

Aras pH, suhu, keamatan cahaya, kelembapan, topografi, iklim mikro

Rantai makanan

Satu proses memakan dan dimakan wujud dalam komponen biosis

Aras trof

Setiap peringkat dalam rantai makanan

Simbiosis

Interaksi antara dua organisma drp spesies berlainan yg hidup bersama2

Komensalisme

Satu organisma dapat faedah

Satu lagi tidak untung @ rugi

Epifit – tumbuhan hijau tumbuh pada tumbuhn lain

Epizoit – haiwan yg hidup dipermukaan haiwan lain

Parasitisme

Parasit mendapat faedah

Perumah mendapat kerugian

Ektoparasit – luar perumah

Endoparasit – dalam perumah

Mutualisme

Kedua2 organisma mendapat keuntungan

Saprofitisme

Interaksi antara organisma hidup dengan bahan organik yang mati dan mereput

Saprofit – tumbuhan yg mendapat makanan drp bahan organik mati

Saprozoit – haiwan seni yg mendapat makanan drp bahan organik mereput

Persaingan intraspesies

Persaingan yg berlaku antara individu drp spesies yg sama

Persaingan antara pokok2 jagung

Persaingan interspesies

Persaingan antara individu drp spesies berlainan

Persaingan antara dua spesies paramecium sp.

Proses pengkolonian

Suatu proses di mana tumbuhan hidup menakluki sesuatu kawasan baru dan membentuk koloni di kawasan itu

Sesaran

Proses penggantian sesuatu spesies tumbuhan dominan dengan spesies tumbuhan lain (spesies penyesar) secara beransur-ansur

Komuniti klimaks

Komuniti stabil

Spesies perintis

Spesies tumbuhan pertama yang menakluki kawasan baru

Monday, November 1, 2010

Penyakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang

Ostereoporosis

Penyakit di mana jisim tulang berkurang dan tulang menjadi poros (berongga) dan semakin ringan. Osteoporosis sering berlaku pada orang2 tua.terutamanya pada wanita yang mengalami menopause.

Osteoporosis boleh dicegah melalui

  • Weight bearing exercise
  • Pengambilan makanan yang mengandungi kalsium, fosforus dan vitamin D
  • Tidak merokok

Distrofi otot

Penyakit yang melibatkan kemerosotan otot.

Arthritis

Penyakit yang menyerang sendi. Terdapat tiga jenis arthritis iaitu :

  1. Osteoarthritis
  2. Rheumatid arthritis
  3. Gout

Osteoarthritis – penyakit ini biasanya dihidapi oleh orang tua2 di mana tulang rawan menjadi haus dan rosak

Rheumatid arthritis – penyakit ini disebabkan berlakunya keradangan pada sinovial membran pada sendi jari, pergelangan tangan dan kaki, juga di bahagian ruas

Gout – penyakit yang disebabkan oleh pemendapan asid urik pada sendi

Ketiga2 penyakit arthritis di atas melibatkan kemerosotan membran sinovial, tulang dan tulang rawan pada sendi. Namun simptom2 penyakit2 di atas adalah sama iaitu keradangan dan kesakitan dan kekakuan pada sendi.

Struktur sel


Membran plasma

* membrane paling luar yang melingkungi protoplasma dan membentuk sempadan antara bahagian luar sel dengan sitoplasma

* terdiri drp dwilapisan fosfolipid di antara dua lapisan protein yang berfungsi mengawal atur bahan yang keluar dari sel dan yang masuk ke dalam sel

* terdapat liang yang menembusi membran yang menerangkan sifatnya yang separa telap atau ketelapan pilihan iaitu membenarkan bahan tertentu memasuki sel dan menghalang bahan lain memasuki sel

* terdapat sesetengah protein pada membran sel yang bertindak sebagai molekul pembawa yang mengangkut bahan-bahan tertentu merentasi membran sel (ni citer dalam pengangkutan aktif dan pasif)

* berfungsi dalam memberi bentuk, kekuatan mekanikal dan melindungi sel daripada rosak




Mitokondrion

* organel berbentuk bujur atau bulat dan terdiri drp 2 lapisan membran : membran luar yang licin dan membran dalam yang berlipat dan membentuk krista

* mengandungi matriks yang mengandungi enzim-enzim yang terlibat dengan penghasilan tenaga melalui kitar krebs

* banyak terdapat dalam sel-sel yang aktif seperti sel otot, sel sperma dan sel hati





kloroplas

* merupakan plastid yang mengandungi pigmen klorofil yang mmberikan warna hijau pada tumbuhan

* terdapat dalam sel yang berfotosintesis

* merupakan tapak di mana gula ringkas dan sebatian lain disintesis dari karbon dioksida dan air menggunakan tenaga cahaya matahari




Jalinan endoplasma

* ada 2 jenis

* jalinan endoplasma kasar – terdapat pada sel-sel aktif dalam sintesis dan rembesan protein

* merupakan tempat simpanan sementara protein yang disintesiskan oleh ribosom yang terdapat pada permukaannya

* jalinan endoplasma licin – tidak mempunyai ribosom pada permukaannya dan terlibat dengan sintesis dan pengangkutan fosfolipid, steroid dan asid lemak

* ribosom terdapat pada permukaan jalinan endoplasma kasar dan terlibat dalam sintesis protein



Jasad golgi

* terdiri drp vesikel golgi yang dikelilingi membran hasil percantuman cebisan vesikel dari jalinan endoplasma licin

* terlibat dalam memproses, mengubah suai dan mengangkut protein dalam bentuk vesikel golgi

* sebahagian vesikel golgi membentuk lisosom