Wednesday, May 4, 2011

Kenapa tak buat eksperimen?

Suatu hari yang indah. saya sedang berehat selepas masuk ke kelas dengan 5 masa sederet. Ambil masa ni untuk berehat sekejap dari memikirkan hal2 yang menyerabutkan. Tiba2 di layar ruang berehat bilik guru, masuk sekumpulan pelajar dan beberapa orang guru. Seorang pelajar masuk dengan menenyeh mata berkali2 sambil siguru memarahinya supaya berhenti menenyeh mata. Dia menyuruh pelajar tersebut membasuh mata dengan air beberapa kali. Kemudian ku lihat matanya merah. Apasal la pulak budak nih?
Dan soal selidik pun bermula bertubi2 pada pelajar lain.
“siapa yang buka tin thinner ? siapa yang keluarkan tin tu dari bengkel? Macam mana tin tu boleh berada diluar bengkel? Cgu dah pesan jgn guna thinner. Hari ni guna cat sahaja….kenapa ada juga yang memandai buka? Yang kamu pun dah tahu pegang benda berbahaya kenapa letak thinner dalam mata? Kamu mau ke kalau mata jadi buta? Yang penting cgu nak tau sapa yang buka thinner tu? Kalau tak ada yang mengaku, lepas ni kita takkan teruskan lagi kerje bengkel kamu….”

Hmm…naluri ingin tahu dan ingin mencuba seorang pelajar selalu mengundang bahaya bukan hanya pada diri sendiri tapi juga pada rakan2, dan orang lain yang di sekeliling mereka. Sifat ini memang terserlah dalam pelajar menengah rendah. Dalam sifat ingin tahu itu juga terselit satu sifat lain yang agak merbahaya iaitu tidak peka pada arahan dan tidak memikirkan soal keselamatan. Ye…itu sebab ada eksperimen yang Nampak macam mudah tapi memang bukan senang untuk dilaksanakan. Contohnya : Kalau eksperimen yang melibatkan larutan,  pelajar biasanya akan mencampurkan semua larutan ikut sesedap rasa sebaik sahaja cgu memandang ke arah lain.
saya juga ada tragedy tentang eksperimen pemanasan. sebagai langkah keselamatan, hanya 1 penunu Bunsen yang disediakan itupun berada di hadapan cgu. Setiap kali pemanasan, pelajar akan datang ke hadapan dan buat pemanasan dalam pemerhatian cgu. Dengan arahan yang jelas : pegang hujung 2 rod dan panaskan, kenal pasti rod manakah yang akan panas terlebih dahulu.
“antara logam dan bukan logam, yang mana lebih cepat panas ?” cgu menyoal pada pelajar tersebut selepas pununu Bunsen dipadamkan.  baru habis soaln dia terus memegang bahagian hujung rod yang dipanaskan, bukan pada bahagian pemegang.

Bila muridmu bertanya

Kenapa cikgu boleh
Saya tidak boleh
Kenapa cikgu boleh bawa telefon bimbit
Kenapa cikgu boleh bawa kereta
Saya tidak boleh
Sekarang zaman teknologi
Masa bergerak pantas
Saya ingin bergerak seiring masa
Jika saya tidak sempat
Maka saya akan ketinggalan zaman selamanya
Jangan kata saya tiada apa yang cikgu ada
Bahkan saya ada segalanya
Malah lebih dari yang cikgu ada
Anak muridku,
Cikgu tahu…
Apa yang keluargamu ada
Cikgu tahu….
Kamu ada masa muda
Dan kamu juga perlu tahu
Cikgu ada pengalaman yang berharga
kamu adalah pelajar
dan sedang belajar
apa yang ingin dan perlu kamu cari
adalah ilmu
kamu tahukah konsep menuntut ilmu?
Jika tidak…
Cuba kamu fikirkan ini
“ilmu itu ibarat air yang mengalir…..
Tadahlah ia dengan hati yang merendah”
Maka,
Kami sebagai gurumu
Sedang menyediakan diri kalian
Dalam medium yang sesuai
agar ilmu yang berguna ini
Akan mudah mengalir ke dalam dirimu
Insyaallah ….dengan ilmu
Kamu akan bergerak seiring dengan masa
Kerana ilmu yang kau dapat itulah
Menjadikan Masamu begitu berkat dan berharga….

Sunday, April 10, 2011

Float egg

Semua dah sampai? cikgu nak panggil sorang datang tolong cikgu di depan. Kita wat show sket pasal ketumpatan neh….tapi…….mana budak perempuan?
“dorang semua pergi dapatkan suntikan?” suntikan apa? Kenapa budak lelaki tak pergi?
“yang ni untuk perempuan saja cikgu….apa tu suntikan untuk prevent servix cancer?”..ooo..tak pelah…..sementara dorang belum datang kita main2 dulu

1.       Masukkan air dalam 3 bikar

2.       Bikar 1 air kosong sahaja -  telur tenggelam sebab ketumpatan telur lebih dari cecair

3.       5 sudu garam dalam bikar 2 – telur terapung di dalam air kerana ketumpatan telur sama dengan ketumpatan cecair . Ketumpatan cecair telah bertambah kerana telah ditambah garam.









4.       Masukkan 10 sudu garam dalam bikar 3 hingga tepu – telur terapung diatas permukaan kerana ketumpatannya kurang daripada cecair. Cecair semakin tumpat kerana telah ditambah dengan lebih banyak garam

Dah siap…buat pemerhatian……tolong pergi ambil fail dan lengkapkan laporan kamu yang belum lengkap tentang density….yang dah siap tolong kawan yang belum siap.
Setengah jam kemudian..pelajar perempuan masuk ke makmal dengan muka demam pun ada disebabkan suntikan tersebut dan bertanyakan apa yang telah dibuat dan apa yang perlu dibuat. Maka cikgu pun malas nak menerangkan lagi sekali, dan cikgu bertanya kepada pelajar lelaki “apa yang kamu dah buat tadi?”
“telur terapung!!”jawab mereka serentak….  :P

Sunday, March 27, 2011

Goyang...goyang...goyang

Ini simulasi tentang susunan dan pergerakan zarah dalam tiga keadaan jirim.

Macam biasala pelajar semua kena buat ikut prosedur. Walaupun senang dan mudah, kamu tetap kena lakukan mengikut step. Sebelum mula ada peraturan tambahan yang cgu sediakan.

• Jangan lantunkan biji guli ke lantai

• Jangan main tuju-tuju guli dalam makmal

• Jangan curi guli ni walau sebijik pun.


Ok.....dah faham......kita tengok langkah-langkah yang simple ni........
1  Masukkan biji-biji guli ke dalam setiap bahagian X, Y, dan Z dalam bekas seperti pada rajah di atas.
2  Perhatikan susunan guli-guli di bahagian X, Y, dan Z.
3  Goyang bekas itu dan perhatikan cara guli-guli dalam setiap bahagian itu bergerak.




Jadi.......cgu nak tau....bahagian mana yang mewakili keadaan jirim

a) Pepejal
b) Cecair
c) Gas

- Antara zarah-zarah dalam keadaan gas dan cecair, yang manakah lebih kerap berlanggar antara satu sama lain?
- Tolong lukis susunan zarah dalam pepejal, cecair dan gas.

Thursday, March 3, 2011

isipadu guli

 • Penyiasatan saintifik dijalankan untuk memahami fenomena semula jadi

• Ia melibatkan kuantiti fizik

• Dalam penyiasatan saintifik kita akan menggunakan pengukuran seperti :-

o Panjang

o Luas

o isipadu

• dan.............hari ni kita nak jalankan penyiasatan saintifik untuk mengukur isipadu 4 biji guli ni....

• macam mana ye?

• Ok. Semua ikut prosedur yang dah diterangkan dalam buku. Mula2

o Isikan air sehingga separuh penuh dalam sebuah silinder penyukat.

o Catat bacaan awal paras air.

o Masukkan empat biji guli yang sama saiz (objek sekata) perlahan-lahan ke dalam silinder penyukat itu

o Catat bacaan akhir (isi padu) paras air pada silinder penyukat.

o Isipadu sebiji guli = (Bacaan isipadu akhir – isipadu awal) / empat

• Pastikan mata awak pada paras yang sepatutnya

• Dah dapat bacaan? Sekarang kira isipadu.

• Yang kat belakang tu buat apa? Menyembang?? Orang lain dah siap, awak belum siap! Jadi jangan balik ke kelas selagi belum siap, cikgu tinggalkan awak kat makmal dengan budak nih.....mau?


Wednesday, February 9, 2011

appreciate our kidney

Semalam adikku bertanya spontan


”kak....apa maksudnya bila orang pergi cuci buah pinggang?”

”mana ada cuci buah pinggang....cuci darahlah....”

”macam mana dorang cuci darah....kenapa kena cuci darah?”

”sebab ginjal dah rosak...tugas ginjal ialah mencuci darah....darah dialirkan masuk ke ginjal melalui renal arteri...bahan kumuh dalam darah akan diasingkan oleh nefron yang terdapat dalam ginjal melalui 3 peringkat.

  • Ultrafiltration (tapisan),
  • reabsorption (penyerapan semula)
  • secretion(perembesan).
Ada berjuta2 nefron dalam ginjal yang bertugas 24jam tau….. sebab tu kalau ginjal rosak, bahagian yang bekerja 24jam tu dah takde. Susahlah kita….sebab tu kita kena tau fungsi dalam badan supaya kita akan lebih menghargainya dan menjadi hamba Allah yang akan sentiasa bersyukur.



Proses2 yang terlibat di ginjal................

The ultrafiltration process
P1 - Blood is under relatively high pressure when it reaches the nephron.
P2 The high blood pressure in the glomerulus, forces fluid to filter through the filtration membrane into the lumen of Bowman’s capsule
P3 - forming glomerular filtrate;
P4 - contains water, glucose, amino acids, urea, mineral salts and other small molecules

The reabsorption process
P5 - The glomerular filtrate will flow into proximal convoluted tubule
P6- selective reabsorption occurs; all the glucose, amino acids, vitamins and many inorganic ions are reabsorbed back into the blood
P7- by active and passive transport
P8- forming a relatively high solute concentration in the peritubular capillaries
P9 - thus a large volume of water is reabsorbed into the blood by osmosis and
P10- increase the concentration of urea in the convoluted Tubule
P11- glomerular filtrate then flow into loop of henle and distal convoluted tubule
P12- more water and minerals being reabsorbed back into the blood

The secretion process
P13 -takes place in the distal convoluted tubule
P14 -urea/toxins/certain drugs / hydrogen ions/potassium ions/ammonia being secreted by passive diffusion and active transport from the blood capillary into the distal convoluted tubule
P15- the filtrate reaches the collecting duct ; nowcalled urine
P16 -flows down the ureter, the bladder and the urethra and is finally excreted

Nak terang sambil cakap2 je susah gak. Tengok video tau la.....

Sunday, January 30, 2011

i want to eat? i dont want?

I’m just thinking......
Can I eat this? This is a food or a chemical sample for our next experiment à salt

This colour combination …..the blue one…blue…..any blue colour is indicator for appearance of copper ion

The purple colour…….there should be ion manganate in there…….

Yellow……I remember it is colour for bromine gas

OMG….red, green, indigo….there must be an addition of luna pigmen

Hmm….my chemistry sense block my mind to eat this…(^__^)